pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ibu Tunggal Terkejut, Kereta 'Di Sita' Rosak Teruk Ketika Di Tuntut !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:   Hasrat seorang ibu tunggal untuk mengambil semula kereta Perodua Viva miliknya yang disita di stor kenderaan Majlis Perbandara...

KUANTAN:  Hasrat seorang ibu tunggal untuk mengambil semula kereta Perodua Viva miliknya yang disita di stor kenderaan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di Permatang Badak, Kuantan kelmarin bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kenderaannya rosak teruk termasuk beberapa bahagian di dalamnya hilang.

Mangsa, Dzulainie Sofie Abu Hassan, 36, mendakwa, keretanya telah disita oleh pihak MPK pada April lalu atas kesalahan tunggakan bayaran parkir berjumlah RM1,000.

"Saya telah membayar RM700 untuk menuntut kembali kereta. Apabila melihat keadaan kereta, luluh hati melihat apabila beberapa komponen hilang," katanya ketika dihubungi.
Dia yang bekerja sendiri berkata, keretanya rosak teruk terutama di bahagian dalam selain beberapa komponen kenderaan iaitu keempat-empat pelapik pintu serta speaker hilang.
"Saya bertanya kepada kakitangan MPK di stor berkenaan berkenaan kerosakan itu dan alangkah terkejut apabila mereka menyatakan tidak bertanggungjawab atas kejadian itu," ujarnya.

Jelasnya, pihak MPK memberi alasan kerosakan itu disebabkan kereta disimpan terlalu lama di stor berkenaan.
"Masalahnya, saya bukan tidak mahu menuntut tetapi saya terpaksa mengumpul wang untuk membayar tunggakan tersebut," jelasnya.
Bertambah malang lagi. Dzulainie berkata, beliau sekarang ini terpaksa menanggung kos membaiki kenderaannya itu dianggarkan sekitar RM6,000.
"Saya telah membuat satu laporan polis mengenai kejadian tersebut," tambahnya.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan MPK, Haslinda Hassan berkata, pihaknya akan menyiasat perkara tersebut. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Friday, August 19, 2016 6:14:00 PM

Mohon kepada mangsa kereta rosak semasa dalam simpanan MPK ...membuat saman gantirugi dan gangguan emosi ...jangan dibiarkan perkara begini berterusan menginyanya orang lain juga...biar MPK bertanggungjawab atas aset yang disita.

Anonymous said... Friday, August 19, 2016 6:19:00 PM

Staf MPK MEMANG SIAL DAN CELAKA.YANG PERTUA MAJLIS NYE LAGI SIAL.TSK KAN NAK LEPAS TANGAN.BARUA PUNYE PEKERJA MPK NI.

nordin Abu Bakar said... Friday, August 19, 2016 9:19:00 PM

Report polis mengenai kejadian tersebut memang menjadi tanggungjawab mpk utk menjaga kereta ersebut kerana dlm kompound dia...sman cukup2.mintak ganti rugi atau mintak ganti kereta baru... mohon tolong la peguam2 di kuantan suoaya membantu ibi tunggal ni...

Anonymous said... Sunday, August 21, 2016 12:02:00 PM

yg duk gasak brg dlm tu pon bukan org lain... mpk jugak... entah2 geng2 yg sita tu je... compim lah... mereka tu memang musibat... jahat mengalah monyet..

Anonymous said... Sunday, August 21, 2016 12:04:00 PM

Jangam ambil kereta dulu. Buat repot polis dulu supaya polis periksa kereta. Kalau dah bawa balik MPK tak bertanggungjawab dah.

 
Top