pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jemputan Khas Ke Prebiu Pengguna Bijak Di Pekan 25 Ogos Ini
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PEKAN: Orang ramai adalah dipelawa untuk menghadiri satu taklimat "pengguna bijak MYMi1" yang akan diadakan di Ancasa Royale...

PEKAN: Orang ramai adalah dipelawa untuk menghadiri satu taklimat "pengguna bijak MYMi1" yang akan diadakan di Ancasa Royale Pekan pada 25 Ogos ini. Taklimat khas buat warga Pekan ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka bersama-sama mendapat pencerahan tentang tawaran penjimatan dan rebat terhadap pembayaran semua bil-bil telco dan juga utiliti seperti TNB, TM, Astro dan sebagainya. 

Taklimat akan disampaikan oleh usahawan Mi1 Global Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan telekomunikasi yang semakin terkemuka di negara ini. Justeru, orang ramai terutamanya yang ingin mengetahui bagaimana  mereka boleh mendapat penjimatan yang cukup luar biasa melalui syarikat ini, dipelawa untuk hadir beramai-ramai pada hari itu nanti.


Program bermula pada jam 8.30 malam itu akan membuka minda orang ramai tentang keperluan untuk mereka menjadi pengguna bijak. Dengan faktor ekonomi yang kian mencengkam, ditambah lagi dengan kadar matawang Ringit Malaysia yang semakin merudum sekarang ini, maka adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat untuk berubah menjadi pengguna bijak mulai sekarang.

Mereka hanya perlu ubah cara pembayaran bil-bil utiliti dan telco masing-masing sahaja jika mahu mendapat rebat diskaun yang cukup hebat. Orang ramai juga akan ditawarkan untuk menjadi usawahan dan pelabur dalam perkongsian keuntungan dengan syarikat ini. 


Mereka ditawarkan keuntungan bulanan yang cukup menarik dan berbaloi dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan. Paling menarik ialah urusan pembayaran bil-bil boleh dilakukan secara online dengan menggunakan sistem yang disediakan oleh syarikat ini. 


Ramai yang sudah mendapat faedah dan teruja dengan perkhidmatan yang ditawarkan sebenarnya. Namun, ramai juga rakyat Malaysia yang masih belum mengetahui tentang peluang ini. 

Justeru, roadshow ke seluruh negara juga akan bermula pada 27 Ogos ini. Roadshow bermula di Utara Semenanjung Malaysia pada 28-29 Ogos dan destinasi pilihan ialah di Pulau Pinang dan Kedah. Orang ramai yang berminat untuk dapatkan info lanjut tentang peluang ini, boleh hubungi talian hotline 012 3854400 (WhatsApp). #pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top