Keadaan Tun Dr Mahathir Di IJN Kini Stabil, Tidak Kritikal

PETALING JAYA: Keadaan Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur semalam.
Pegawai Komunikasi IJN Nur Suzilawati Idris berkata bekas Perdana Penteri itu tidak berada dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke IJN bagi mendapatkan rawatan susulan mengalami masalah jangkitan di dada.
“Buat masa ini doktor tidak ada membuat sebarang kenyataan lagi mengenai keadaan Dr Mahathir. Keadaan Dr Mahathir sama seperti semalam.
“Beliau bukan dalam keadaan kritikal. Hanya mendapatkan rawatan selepas didapati mengalami masalah jangkitan di dada ,” katanya.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan IJN, Dr Mahathir dimasukkan ke wad atas nasihat pasukan perubatan dan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat.
Sebelum ini Dr Mahathir pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kali pertama pada 24 Januari 1989 dan kali kedua pada 2007.
Suzilawati berkata IJN akan mengeluarkan kenyataan berhubung keadaan Dr Mahathir selepas mendapat maklumat terkini daripada doktor yang merawatnya.
“Kita akan maklumkan dalam satu kenyataan mengenai keadaan Dr Mahathir,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]