pahangdaily pahangdaily Author
Title: KEADILAN Sokong Bersih 5.0, Ke Arah Penyuburan Demokrasi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
BESTARI JAYA: KEADILAN menyokong usaha Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil (Bersih 2.0) mengadakan perhimpunan Bersih 5 bagi menuntu...

BESTARI JAYA: KEADILAN menyokong usaha Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil (Bersih 2.0) mengadakan perhimpunan Bersih 5 bagi menuntut siasatan bebas ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Presidennya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata usaha ke arah itu perlu didukung demi perubahan baik serta penyuburan demokrasi di negara ini.
“Kali ini daripada kenyataan Bersih 2.0, untuk mendesak penyiasatan bebas dijalankan ke atas 1MDB kerana ia cuba ditutup Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan Putrajaya sedangkan satu dunia membicarakan berkenaan skandal kewangan terbesar di dunia hari ini.
“Kita tidak mahu Umno Barisan Nasional (BN) terus memperbodohkan rakyat. Mereka yang didapati bersalah harus dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Menteri Besar Selangor itu berkata, jika sebelum ini Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil, maka gabungan itu merasakan tanggungjawab untuk menghimpunkan rakyat Malaysia bagi tujuan berkenaan.
Katanya, apatah lagi skandal terbabit mendapat perhatian seluruh dunia dengan paparan berita meluas di luar negara.
“Kita mahu sebuah negara yang gagah dengan pengurusan ekonomi baik.
“Ia (Bersih 5) matlamat yang murni harus mendapat sokongan semua pihak dan jangan ada mana-mana pihak cuba mengugut dengan pelbagai bentuk undang-undang dan tindakan yang sebenarnya akan melumpuhkan demokrasi dalam negara,” katanya.
Baru-baru ini, Bersih 2.0 membuat pengumuman bagi mengadakan perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima atau disebut Bersih 5 dalam masa terdekat bagi menuntut siasatan sewajarnya diambil ke atas skandal 1MDB yang turut membabitkan “Malaysian Official 1” (MO1). #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top