pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kerajaan Pahang Buat Persediaan Rapi Hadapi Kemungkinan Banjir
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Walaupun negeri Pahang tidak dilanda banjir tahun lalu, namun persediaan rapi tetap dilakukan kerajaan negeri bagi menghadapi ...

KUANTAN:  Walaupun negeri Pahang tidak dilanda banjir tahun lalu, namun persediaan rapi tetap dilakukan kerajaan negeri bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, kerajaan memperuntukkan kos RM2.5 juta merangkumi keperluan 105 pangkalan hadapan  di seluruh negeri.

Menurutnya, bekalan pangkalan hadapan akan diagihkan bermula Oktober depan hingga November.

“Di Kuantan terdapat 15  pangkalan hadapan diikuti Temerloh sebanyak 21, Rompin dan  Maran (10) , Pekan (11), Jerantut (12), Lipis (6), Raub (4) dan Bentong (4).

“Manakala pusat pemindahan banjir di seluruh negeri sudah dikenal pasti sebanyak 668 pusat antaranya di Kuantan sebanyak 93, diikuti Pekan 90 dan Temerloh 86,”katanya kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang di Bilik Mesyuarat Utama, UTC Pahang, hari ini.

Muhammad Safian berkata, kerajaan negeri turut membekukan cuti 5, 157 penjawat awam di negeri berkuat kuasa 15 November hingga 15 Januari 2017.

Beliau berkata, melihat keadaan semasa, Pahang dijangka menerima banjir normal pada kali ini.

“Buat masa ini kita akan menaik taraf kelengkapan di bilik-bilik gerakan di setiap daerah bagi memastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik.

“Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diberikan masa sehingga November depan untuk menyiapkan sebarang projek naik taraf, tanda-tanda jalan dan pembersihan longkang,”katanya.

Muhammad Safian berkata, pihaknya berharap semua agensi terbabit dalam persediaan menghadapi banjir memberikan kerjasama yang baik agar segala perancangan berjalan lancar. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top