Khalid Persoalkan Sensitiviti Polis Terhadap Himpunan TangkapMO1

PETALING JAYA: Kawalan ketat polis terhadap perhimpunan TangkapMO1 yang dirancang pada 27 Ogos di Dataran Merdeka, bukti ia satu isu yang sensitif dalam kalangan mereka yang berkuasa, kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.
Perhimpunan itu dianjurkan oleh sekumpulan pelajar, bertujuan mendedahkan identiti individu yang dinamakan sebagai ‘Malaysia Official 1’ dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ke atas dana yang didakwa digelapkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Khalid memberitahu tindakan polis terhadap perhimpunan itu “mengecewakan” kerana perlu ada keterbukaan dan kebebasan terutama apabila Akta Perhimpunan Aman 2012 menyatakan permit polis tidak diperlukan untuk perhimpunan besar-besaran.
Perhimpunan #TangkapMO1 oleh penganjurnya, Gerakan Anak Muda adalah untuk mendedahkan identiti ‘Malaysia Official1’ dan membawanya ke muka pengadilan.
Tambahnya, polis berfikiran terbuka dengan perhimpunan yang membabitkan isu-isu lain, tetapi apabila ia menyentuh saman undang-undang AS dan 1MDB, serta Malaysia Official1, ia seolah-olah menyentuh akar umbi pihak berkuasa.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, beliau gembira dengan tindakan pelajar untuk meneruskan perhimpunan walaupun tanpa kebenaran polis.
Menurut Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar, polis tidak membenarkan perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka kerana penganjur tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bagaimanapun, Gerakan Anak Muda berkeras untuk meneruskan perhimpunan itu.
Laporan media semalam menyatakan, tiga pelajar dari kampus Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar telah ditahan polis apabila mereka didakwa mempromosi perhimpunan tersebut.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang bersetuju dengan Khalid Samad berkata, polis seolah-olah gentar dengan perhimpunan Tangkap MO1.
“Ia membuatkan kita tertanya-tanya mengapa polis begitu sensitif apabila ia melibatkan Malaysia Official1. Siapakah dia?” tanyanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]