pahangdaily pahangdaily Author
Title: Laluan Sukar Menanti DoJ Dalam Siasatan Kes 1MDB
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menyelesaikan kes siasatan 1MDB...
PETALING JAYA: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menyelesaikan kes siasatan 1MDB dan ia termasuk kesukaran pendakwa raya meyakinkan saksi luar untuk memberi keterangan terhadap pegawai yang berkuasa.
Financial Times melaporkan DoJ juga berdepan dengan cabaran tempoh masa yang terlalu lama bagi mendapatkan dokumen dari luar negara yang turut membabitkan perjanjian bantuan perundangan bersama.
Peguam dari Washington, Jack Blum yang juga konsultan anti rasuah kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata dalam banyak kes termasuk 1MDB, pendakwa berdepan kerumitan untuk menguraikan syarikat yang digunakan untuk menjalankan transaksi dalam penyelewengan itu.
“Sesetengah hakim di Amerika juga enggan mendengar kes kleptokrasi, kerana mereka percaya ia sepatutnya dibawa di mahkamah asing,” katanya kepada Financial Times.
DoJ menubuhkan pasukan khas menyiasat kes kleptokrasi sejak enam tahun lalu yang menyasarkan pendapatan haram yang diperoleh menerusi saluran kewangan AS. Sejak dilancarkan, ia membekukan AS$2.8 bilion yang dicuri oleh pegawai luar di beberapa negara termasuk Korea Selatan, Equatorial Guinea, Taiwan dan Honduras.
Skandal 1MDB menunjukkan sitaan terbesar unit kleptokrasi itu, dengan pendakwa raya memperincikan rangkaian transaksi kewangan yang dilakukan hampir di seluruh dunia dalam aduan setebal 136 halaman, tetapi perjalanan perundangan dalam kes itu penuh dengan halangan.
“Daripada pengalaman peribadi saya, kes rasuah seperti ini amat sukar,” kata Ketua Bahagian Pelucutan Hak Aset dan Pengubahan Wang DoJ, Kendall Day.
Setakat ini, katanya DoJ hanya berjaya memulangkan 5% dana seleweng yang berjaya dipintas, kepada pemilik sebenarnya dan biasanya ia mengambil masa beberapa tahun sebelum ia dapat dipulangkan semula.
Sebagai contoh, pada Julai AS memulangkan AS$1.8 juta kepada Taiwan, selepas menempuh pelbagai perbicaraan di mahkamah, enam tahun sebelumnya.
Presiden Global Financial Integrity, sebuah kumpulan penyelidik, Raymond Baker berkata inisiatif DoJ menerusi pasukan itu menyukarkan hidup kleptokrat.
Tetapi, katanya kadangkala kaedah yang kurang formal lebih cepat membuahkan hasil.
Sebagai contoh, pada 2013, Tunisia berjaya memperoleh semula AS$28 juta yang dicuri isteri Zein al-Abidine Ben Ali, diktator yang digulingkan dua tahun sebelumnya, hanya dengan panggilan telefon.
“Gabenor Bank Tunia menghubungi gabenor Bank Lebanon. Mereka melakukannya berdasarkan kepada hubungan peribadi. Lebanon melalui beberapa urusan perundangan yang kecil, berjaya dapatkan semula wang itu dan menghantarnya pulang,” kata Raymon dipetik daripada Financial Times.
Kebanyakan kes dikendalikan unit kleptokrasi DoJ membabitkan pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat yang mengejutkan dan antaranya ialah seperti Sani Abacha, bekas pemimpin Nigeria, dengan nilai terkumpul aset haram di AS sekurang-kurangnya AS$630 juta.
Pendakwa DoJ menang dalam penghakiman ingkar sebanyak AS$480 juta, dua tahun lalu, tetapi kes itu masih di peringkat rayuan.
Skandal 1MDB, di mana pendakwa AS berkata ia membabitkan AS$3.5 bilion wang yang diselewengkan, sama seperti kes sebelum ini.
Kendall berkata jabatannya dipecahkan kepada dua pasukan dengan salah satunya meneruskan siasatan terhadap Goldman Sachs.
“Bank berkenaan disiasat untuk mencari kemungkinan pelanggaran Akta Rahsia Bank ketika mengendalikan wang yang dikumpulkan daripada tiga urus niaga bon 1MDB,” katanya.
Pendakwa berkata kes 1MDB yang besar itu tidak akan menjadi unik dan tindakan terhadap kleptokrasi asing akan diambil pada masa depan.
Bulan lalu Peguam Negara AS Loretta Lynch mengumumkan tindakan sivil diambil bagi menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dikaitkan dengan konspirasi pengubahan wang haram daripada dana 1MDB.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diserang pihak pembangkang dan orang awam susulan tuduhan rasuah berkait dengan 1MDB yang sarat menanggung hutang dan deposit wang dimasukkan ke bank akaun peribadinya bernilai kira-kira AS$680 juta.
DoJ menamakan empat nama termasuk Riza Aziz, anak tiri Najib dan ahli perniagaan Jho Low. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top