pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lee Chong Wei Sasar Gelaran Dunia Tahun Depan Pentas Terakhirnya
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
RIO DE JANEIRO:  Kejohanan Dunia tahun depan akan menjadi pentas antarabangsa terakhir Datuk Lee Chong Wei memburu satu lagi gelaran...

RIO DE JANEIRO: Kejohanan Dunia tahun depan akan menjadi pentas antarabangsa terakhir Datuk Lee Chong Wei memburu satu lagi gelaran utama selepas impiannya meraih pingat emas Sukan Olimpik berakhir pada Sabtu.
Selepas layak empat kali di final Kejohanan Dunia, pemain berusia 33 tahun itu masih kempunan menamatkan badi meraih gelaran utama dan edisi tahun depan akan menjadi usaha terakhir sebelum mengakhiri kariernya.
"Setahun lagi sebelum saya bersara dan pemain Malaysia yang lain harus mengisi kekosongan yang ada," kata Chong Wei selepas sekali lagi kecewa di pentas final Sukan Olimpik, Sabtu.
Chong Wei adalah naib juara dunia edisi 2011, 2013, 2014 dan 2015 tetapi pingat perak 2014 di Copenhagen, Denmark ditarik balik selepas gagal ujian doping menyebabkan beliau digantung lapan bulan.
Juara dunia dari China, Chen Long menjadi penghalang kepada usaha terakhir Chong Wei di Olimpik selepas menundukkan pemain negara 21-18, 21-18, sekali gus menamatkan harapan Malaysia meraih pingat emas pertama dalam sejarah Olimpik.
Mengenai perlawanan akhir itu, Chong Wei mengakui ia bukan aksi yang diimpikannya kerana berharap dapat menentang musuh tradisinya, Lin Dan di final sebagai pentas mengucapkan selamat tinggal kepada Sukan Olimpik.
Chong Wei juga mengakui Chen Long adalah pemain yang lebih baik dalam perlawanan itu dan beliau telah mencuba yang terbaik untuk memberikan Malaysia pingat emas pertamanya tetapi gagal menggugat keutuhan lawannya.
"Banyak kesilapan di depan jaring yang saya lakukan dan ia nyata memberi kesan ketika Chen Long beraksi dengan cukup baik," kata Chong Wei yang tewas di tangan Lin Dan dalam aksi final edisi 2008 dan 2012.
"Saya perlu terima hakikat karier Olimpik saya berakhir dengan pingat perak," katanya yang mengutip pingat perak ketiganya daripada empat penampilan di temasya Olimpik. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top