Lim Kit Siang: Mana Kertas Putih Nafikan Dakwaan DOJ?


KUALA LUMPUR: Kerajaan UMNO dibidas ekoran memilih pendekatan “tunggu dan lihat” dalam isu saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap individu yang dikaitkan dengan penyelewengan dana syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB.
Menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, saman sivil setebal 136 muka surat dan memuatkan pelbagai dakwaan itu tidak harus dipandang enteng kerana ia telah mengakibatkan reputasi negara terjejas teruk.
Malah, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mempersoalkan mengapa sehingga kini tidak ada sebarang kertas putih atau Kenyataan Kerajaan dikeluarkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk menafikan dakwaan-dakwaan terbabit.
“Dengan maklumat dan sumber-sumber yang ada, tidak sukar sebenarnya untuk kerajaan mengeluarkan Kertas Putih atau Kenyataan Kerajaan bagi menafikan dakwaan yang terkandung dalam dokumen 136 halaman DOJ berkaitan dengan 1MDB itu.
“Dan dengan itu kerajaan sekaligus boleh membersihkan nama dan reputasi Malaysia yang begitu teruk, sehingga digelar dengan gelaran kleptokrasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
20 Julai lalu, DOJ melalui Inisiatif Perolehan Aset Kleptokrasi (KARI) telah memfailkan saman sivil untuk menyita aset-aset yang dikatakan diperolehi dan digelapkan dari dana syarikat yang diasaskan Najib, 1MDB.
Dokumen DOJ itu menyenaraikan beberapa individu antaranya anak tiri Najib, Riza Aziz dan Ahli Perniagaan, Jho Low. Turut disebut dalam dokumen itu adalah “Malaysian Official 1” yang didakwa pelbagai pihak sebagai Perdana Menteri itu sendiri.
Susulan daripada itu, Najib dilaporkan media sebagai berkata: “Tak wajar buat apa-apa kesimpulan sehingga proses itu (saman sivil) selesai”
Malah, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali, merujuk kepada dokumen DOJ berkenaan, dengan sewenang-wenangnya mendakwa bahawa tidak ada bukti wujudnya salah laku dalam 1MDB, sedangkan terdapat bukti yang kukuh dalam dokumen berkenaan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]