pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mahkamah Benar Permohonan Pengerusi Bersih 2.0 Rujuk Isu Perlembagaan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa membenarkan permohonan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan tiga yang lain ...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa membenarkan permohonan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan tiga yang lain untuk merujuk isu perlembagaan berkaitan protes jalanan #KitaLawan ke Mahkamah Persekutuan.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan berkata hanya Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan mengenai persoalan undang-undang berkaitan isu perlembagaan.
Selain Chin, turut membuat permohonan untuk merujuk isu perlembagaan berhubung Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 berkaitan protes jalanan #KitaLawan ke Mahkamah Persekutuan ialah Pengerusi Jingga 13, Mohd Fariz Abd Talib @ Musa, Pengurus Sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh dan Anggota Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.
Keempat-empat mereka didakwa bersama dengan orang lain yang masih bebas menyertai suatu protes jalanan bagi tujuan tertentu di hadapan kawasan air pancut persimpangan Jalan Tun Perak dan berakhir di hadapan Kompleks Sogo di sini antara 3.15 petang hingga 6 petang, 28 Mac 2015.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama membawa hukuman denda tidak  melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Gooi Hsiao Leung. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top