pahangdaily pahangdaily Author
Title: Manan: Isu Bauksit "Tak Jejaskan" Sokongan Rakyat Kepada UMNO
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Isu bauksit yang menjadi rungutan rakyat di sekitar daerah ini diyakini tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap BN pada...

KUANTAN: Isu bauksit yang menjadi rungutan rakyat di sekitar daerah ini diyakini tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap BN pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata, ini kerana masalah berkenaan hanya melibatkan segelintir pihak iaitu peneroka dan pengusaha bauksit dan bukannya keseluruhan rakyat di negeri ini.

"Ada peneroka yang datang kepada saya mengadu tanah mereka tidak ditambun semula selepas dikorek. Kes seperti ini biasanya dilakukan oleh pengusaha bauksit haram.

"Sehubungan itu kami berharap kerajaan negeri akan dapat memberi perhatian termasuk dengan meluluskan permit terhadap pengusaha bauksit agar mereka dapat melakukannya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang betul," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita Umno bahagian Paya Besar di sini, semalam.

Abdul Manan dalam ucapannya sebelum itu mengingatkan anggota dan pemimpin Umno  pelbagai peringkat di Bahagian Paya Besar supaya mula bersiap siaga mengatur langkah menggerakkan jenteranya mendekati rakyat dalam usaha memastikan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, gerak kerja jentera parti bahagian itu akan bermula 1 September dan ia akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh seolah-olah pilihan raya akan dilaksanakan bulan depan.

"Semua Adun BN dalam Parlimen Paya Besar telah saya terangkan supaya membuat persediaan awal termasuk dengan mengenali setiap PDM (Pusat Daerah Mengundi) dan atur strategi unuk menang PRU nanti. Kami tidak mahu orang Umno lalai sebab beranggapan PRU masih lambat," katanya.

Beliau yang juga juga Ahli Parlimen Paya Besar berkata, untuk tujuan itu Biro Keahlian dan Daftar Pemilih telah pun melaksanakan kerja setiap hari bagi menambah bilangan keanggotaan dan daftar pemilih di kawasan parlimennya untuk menghadapi pilihan raya umum.

Selain itu jentera Umno bahagian itu juga perlu mendekati pengundi atas pagar yang boleh menyumbang kepada kemenangan BN di negeri ini pada PRU14.

"Kami kena selalu turun padang berjumpa mereka (pengundi atas pagar). Antara tempat kami boleh bertemu ketika mereka di surau dan masjid dengan cara bersama-sama menunaikan sembahyang berjemaah dengan mereka," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top