pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mat Said: "Pecat Saya", Berlaku DUN Tergantung !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KEMAMAN:  Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan yang dibu...

KEMAMAN: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi (MT) Umno berhubung nasibnya dalam parti tetapi juga memberi amaran mengenai kesan yang bakal dihadap parti di negeri itu.
Perkara itu dibangkitkan Ahmad Said yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal selepas beliau mendengar pada mesyuarat MT pada Jumaat lalu terdapat anggota yang menggesa MT supaya memecat beliau berikutan kelantangannya mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan juga mengemukakan usul tidak percaya terhadap Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman semasa mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mac lalu.
"Saya akan terima keputusan mereka dan jika ramai yang tidak mahu saya dalam parti maka saya akan berundur. Ia semua bergantung kepada keadaan.
"Bagaimanapun, jika mereka pecat saya daripada parti, mereka (Umno) mungkin perlu berdepan dengan akibatnya kerana keputusan ini akan memberi kesan kepada Umno di negeri ini. Akan berlaku parlimen tergantung dengan memecat saya," katanya.
Pada masa ini, Barisan Nasional (BN) mempunyai 17 kerusi DUN, berbanding PAS dengan 14 kerusi dan satu oleh PKR.
"Jika mereka fikir mereka mahu meneruskan keputusan untuk pecat saya, mereka boleh melakukannya. Dan akan berlaku parlimen tergantung dan kemudian Menteri Besar perlu menghadap Sultan sama ada meletakkan jawatan atau membubarkannya," katanya kepada pemberita.
Ahmad Said, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman berkata, keutamaan beliau pada masa ini adalah memberi tumpuan dengan berkhidmat untuk rakyat.

Advertisement

Post a Comment

 
Top