pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mufti Pahang: "Pokemon Go" Haram, Jika Boleh Pesong Akidah !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Orang Islam disarankan agar mengelak daripada terjebak  dengan sebarang permainan yang boleh mencetuskan kemudaratan hingga bo...

KUANTAN: Orang Islam disarankan agar mengelak daripada terjebak  dengan sebarang permainan yang boleh mencetuskan kemudaratan hingga boleh memesongkan akidah si pemain.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman (foto) berkata, sekiranya permainan tersebut boleh memesongkan akidah seseorang maka ia akan menjadi haram di sisi agama Islam.

“Isu permainan karektor Pokemon dan aplikasi Pokemon Go sekiranya asasnya boleh merosakkan maka kita boleh terima ia sebagai haram.

“Walaupun bagi Pejabat Mufti Negeri Pahang masih belum mengeluarkan sebarang fatwa khas berhubung aplikasi permainan ini namun ia boleh diterima sekiranya permainan tersebut boleh membawa kepada masalah dan kemudaratan.

“Bukan mudah untuk tentukan haram sewenangnya memandangkan perlu membuat mesyuarat dan kajian melalui jawatankuasa yang telah dilantik.. namun sekiranya di beberapa negara dan negeri lain sudah mengeluarkan fatwa, sama ada haram atau sebaliknya, kita boleh dan kena terima memandangkan ia mempunyai kaitan dengan orang Islam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, ibu bapa khususnya perlu mengawal dan tidak membiarkan anak-anak tenggelam dalam kelalaian yang boleh merosakkan mereka.

“Permainan tersebut adalah satu aplikasi yang direka maka kita seharusnya lebih peka dan melihat kesan-kesannya selepas itu.... paling penting melihat daripada segi keselamatan.

“Justeru kita mengesyorkan agar melihat terlebih dahulu bentuk permainan atau aplikasi yang tidak mempunyai sebarang unsur yang boleh mendatangkan keburukan,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top