pahangdaily pahangdaily Author
Title: Muhyiddin Daftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia Hari Ini
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mendaftarkan parti politik baharu - Parti Pribumi Bersatu...

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mendaftarkan parti politik baharu - Parti Pribumi Bersatu Malaysia lewat hari ini.

Ahli Jawatankuasa Protem, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan bahawa dokumen pendaftaran bagi penubuhan parti baharu yang akan dikenali sebagai 'Bersatu' itu akan diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya pada pukul 3.30 petang, Selasa.

Ditanya mengenai sama ada parti politik baharu itu akan dianggotai oleh kaum Bumiputra, beliau mengesahkan bahawa ia menggunakan "model berasaskan Bumiputra".

Bagaimanapun katanya terdapat perkara-perkara lain mengenai model itu namun tidak boleh didedahkan buat masa ini.

"Ia adalah satu model yang sangat menarik. Sila tunggu mengenainya," katanya.

Dijangka bahawa Muhyiddin akan menerajui parti baharu itu sebagai presiden.

Setelah mendaftar, parti itu akan dianggap sebagai kumpulan serpihan Umno kerana ramai ahlinya dijangka dikalangan bekas ahli UMNO. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Adila said... Friday, October 14, 2016 10:20:00 AM

Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

 
Top