pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nik Abduh: Tuduhan RM90 Juta Kerana PAS Masih Pilihan Profesional
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: PAS mendakwa ia terus mendapat sokongan golongan profesional, dan ini menyebabkan Sarawak Report menuduh pimpinan tertingg...
KUALA LUMPUR: PAS mendakwa ia terus mendapat sokongan golongan profesional, dan ini menyebabkan Sarawak Report menuduh pimpinan tertinggi parti itu menerima wang daripada Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.
Katanya, ia susulan kegagalan beberapa pihak menyerang parti itu dalam usaha melabelnya parti “tok lebai”.
“Antara kegagalan ketara peluru mereka sebelum ini ialah usaha mengecilkan PAS sebagai para tok lebai yang meminggirkan golongan profesional dan menjadikan penyingkiran dan pembentukan parti serpihan PAN sebagai bukti kebenaran hujah mereka,” kata beliau menggunakan rujukan yang kerap digunakan media pro-Umno terhadap Amanah.
Amanah ditubuhkan September lalu oleh kumpulan profesional dalam PAS, beberapa bulan selepas perpecahan parti Islam itu kemenangan besar golongan konservatif yang dinaungi presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Haron Din.
Sarawak Report sebelum ini mendakwa pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta dalam usaha Najib meraih sokongan parti itu susulan perpecahan pembangkang.
Nik Abduh berkata tuduhan itu merupakan sebahagian “projek besar membuang PAS daripada persada politik negara”, sambil menyerang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menganggap pemimpin PAS “termakan dedak” yang diberikan Najib.
Katanya, dakwaan Sarawak Report itu usaha baru pihak tertentu menjemput “bomoh baru dari UK” bagi “meniupkan mantera jampi serapahnya” menyisihkan PAS daripada arus perdana politik.
Menurutnya, PAS kini mendapat sokongan lebih ramai golongan profesional.
“Bahkan PAS turut menerima kehadiran lebih ramai para ilmuan pemegang ijazah tertinggi bagi membantu PAS di semua peringkat terutama pada peringkat pembuat dasar dan polisi parti,” kata Nik Abduh.
Sebelum ini, PAS menafikan dakwaan Sarawak Report yang berpengkalan di UK itu, dan akan mempertimbangkan tindakan undang-undang. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top