Olimpik: Penalti Neymar Bantu Tuan Rumah Brazil Menang Pingat Emas


RIO DE JANEIRO: Neymar meledak gol kemenangan Brazil menerusi penentuan penalti untuk menghadiahkan tuan rumah pingat emas pertama dalam acara bola sepak selepas menundukkan Jerman di Stadium Maracana, awal pagi Ahad.
Kemenangan 5-4 menerusi penentuan penalti itu membalas dendam kekalahan memalukan 7-1 pada separuh akhir Piala Dunia, dua tahun lalu.
Pingat emas di Olimpik satu-satunya gelaran utama yang belum berjaya dimiliki juara dunia lima kali itu dalam sejarah gemilang negara bola sepak itu.
Bintang Barcelona itu diarahkan untuk mengambil sepakan kelima Brazil dan melaksanakan tanggungjawab itu dengan sempurna.
Sepakannya berjaya menerjah gawang Jerman.
Neymar dilihat mengalirkan air mata sejurus selepas menyempurnakan sepakan penalti yang membawa kepada kemenangan pasukan tuan rumah. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]