pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pahang Skills Lakar Sejarah, Terima Anugerah HRD Awards 2016
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Pahang Skills melakar sejarah tersendiri apabila buat kali pertama menerima Anugerah The Asia HRD Awards 2016 melalui Pengarah...

KUANTAN: Pahang Skills melakar sejarah tersendiri apabila buat kali pertama menerima Anugerah The Asia HRD Awards 2016 melalui Pengarah Eksekutifnya, Khairur Rizal Ramli bagi kategori Sumbangan Kepada Komuniti Sumber Manusia.

Anugerah tersebut mengiktiraf penerima dalam pembangunan sumber manusia seperti mana diputuskan jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan Mantan Menteri Kerja Raya Bahrain, Fahmi Ali Al Jowder.

Khairur Rizal memainkan peranan dalam membangunkan tenaga kerja mahir melalui program kemahiran berkualiti di kolej berkenaan.

Pemilihan juga berasaskan kepada pencapaian Pahang Skills yang memenangi Anugerah YB Menteri Sumber Manusia pada 2010 dan Anugerah Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2013.

Majlis penyampaian disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz di sebuah hotel di Kuala Lumpur, kelmarin.

Khairut Rizal ketika dihubungi melahirkan rasa syukur di atas pengiktifan tersebut yang disifatkan satu penghormatan kepada Pahang Skills sendiri sebagai sebuah pusat latihan kemahiran.

Menurutnya, sejak ditubuhkan pada 1996, kolej tersebut melatih seramai 44,186 pelajar dan pelatih meliputi bidang teknikal, komputer dan kemahiran insaniah (soft skills).

"Anugerah tersebut menjadi perangsang kepada pengurusan dan staf untuk lebih berusaha gigih memajukan Pahang Skills selari hasrat kerajaan memiliki sekurang-kurangnya 35 peratus tenaga mahir menjelang 2020.

"Kejayaan ini hasil kerja berpasukan selain sokongan Kerajaan Negeri dan Persekutuan menerusi agensi seperti Perbadanan Pembangunan Tabung Kemahiran (PTPK), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Pengajian Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),"katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top