pahangdaily pahangdaily Author
Title: Para Pelajar Tidak Perlu Malu Di Terima Masuk Ke Kolej Vokasional
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
TEMERLOH: Pelajar yang diterima masuk ke kolej vokasional tidak seharusnya berasa mereka menuntut ilmu kelas kedua sebaliknya perlu berb...

TEMERLOH: Pelajar yang diterima masuk ke kolej vokasional tidak seharusnya berasa mereka menuntut ilmu kelas kedua sebaliknya perlu berbangga kerana kadar gaji untuk bidang kemahiran sangat tinggi.

Peserta Kembara Umrah Bermotosikal yang mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records, Datuk Zamri Mohamed berkata, pelajar yang belajar di kolej vokasional sememangnya bertuah lebih-lebih lagi negara memerlukan ramai tenaga kerja mahir menjelang 2020.

Menurutnya, kerjaya dalam bidang kemahiran mampu mendatangkan pendapatan lumayan sekiranya pelajar tersebut gigih berusaha menjadi tenaga pakar dalam sesuatu bidang kemahiran yang diceburi.

“Malaysia masih memerlukan ramai tenaga mahir menjelang 2020, peluang untuk menikmati gaji yang tinggi masih terbuka luas khususnya kepada mereka yang belajar dalam bidang kemahiran.

“Pelajar bidang kemahiran tidak seharusnya berasa kecil hati sebaliknya harus berbangga dengan bidang dipilih mereka yang tidak kurang hebatnya,” katanya selepas merasmikan program sempena Minggu Terbuka Aspirasi Teknokrat Kolej Vokasional Temerloh (KVT) di sini kelmarin yang turut hadir Pengarah KVT Zalina Harisun.

Sementara itu Zalina berkata, pelajar KVT ketika ini seramai 771 iaitu terdiri daripada mereka yang mengambil sijil, diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia Vokasional (SPMV).

Beliau berkata, telah terbukti pelajar KVT berjaya dalam bidang keusahawanan termasuklah Zamri yang kini menjadi Pengurus Besar Hotel Seri Malaysia Temerloh.

Menurutnya, pertandingan yang diadakan kalangan pelajar KVT sempena minggu terbuka itu bertujuan memahirkan setiap pelajar dengan apa yang dipelajari sepanjang menuntut ilmu di sini.

“Minggu Aspirasi ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran, sokongan dan kerjasama semua pihak dalam merealisasikan transformasi pendidikan khususnya dalam bidang vokasional dan kemahiran selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top