pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAS Belum Putus Akan Sertai Bersih 5.0 - Tuan Ibrahim
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  PAS masih belum membuat keputusan sama ada parti itu akan menyertai perhimpunan Bersih 5 yang bakal diadakan. "...

PETALING JAYA: PAS masih belum membuat keputusan sama ada parti itu akan menyertai perhimpunan Bersih 5 yang bakal diadakan.
"Belum ada keputusan," demikian maklum balas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi pesanan teks pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya parti itu akan terlibat dengan demonstrasi jalanan pada Oktober depan.
Mengenai sama ada PAS menerima jemputan rasmi daripada Bersih, Tuan Ibrahim berkata: "Sehingga kini, tiada jemputan. Tiada perbincangan."
Pada Rabu, Bersih 2.0 mengesahkan ia akan mengadakan perhimpunan Bersih 5 selepas menerima lampu hijau bersyarat daripada pihak polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan bahawa perhimpunan itu dibenarkan diadakan selagi penganjur mematuhi ketetapan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Setakat ini, tarikh dan lokasi perhimpunan masih belum ditetapkan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top