Pemilik Rayani Air Masih Tidak Pulangkan Wang, Mohon Maaf

PETALING JAYA: Pemilik syarikat penerbangan patuh syariah Rayani Air, Ravi Alagendrran memohon maaf secara terbuka atas kelewatan memulangkan wang kepada pelanggannya susulan pembatalan lesen syarikat itu Jun lalu.
Ravi berkata ini kerana penarikan balik Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Pengendali Udara (AOC) dibuat ketika pihaknya sedang memuktamadkan pelaburan, dan ini menyebabkan pelabur enggan bekerjasama.
“Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang memberikan komitmen memasukkan dana pada 31 Julai 2016 bagi menyelesaikan refund (pembayaran balik) telah menarik diri di luar jangkaan kami,” tulisnya dalam Facebook semalam.
Ravi turut akui pihaknya sedang berusaha keras dengan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), untuk mendapatkan peluang kedua beroperasi agar pelabur dapat mengambil alih pemilikan syarikat dan membentuk pasukan pengurusan yang baharu.
Beliau kesal tidak dapat menjanjikan sebarang tarikh pembayaran balik, tetapi memberi jaminan Rayani Air akan mengutamakan pelanggan.
Mavcom membatalkan lesen Rayani Air pada 13 Jun lalu ekoran pelanggaran syarat selain kewangan dan pengurusan lemah.
Ia diikuti pembatalan AOC oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada hari sama.
Rayani Air yang memulakan operasinya pada 20 Disember lalu, merupakan syarikat penerbangan pertama di negara ini berlandaskan patuh syariah. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]