pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pemuda DAP Tolak Kerjasama Dengan Parti Muhyiddin Yassin
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Pemuda DAP menolak kerjasama dengan parti politik yang berlandaskan kaum seperti parti baharu Pribumi Bersatu Malaysia (B...
PETALING JAYA: Pemuda DAP menolak kerjasama dengan parti politik yang berlandaskan kaum seperti parti baharu Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dengan berkata ia tidak berbeza daripada Umno.
Jurucakapnya Chiong Yoke Kong berkata parti politik yang mengamalkan diskriminasi kaum tidak akan menyelamatkan Malaysia sebaliknya hanya akan terus bermaharajalela di negara ini.
“Usaha untuk menjadikan ahli bukan Melayu sebagai ahli bersekutu (sekunder) serta melarang ahli-ahli tersebut daripada mengundi serta menyertai pemilihan parti adalah salah satu bentuk politik perkauman.
“Sesebuah parti politik yang membezakan ahli mengikut kaum dan warna kulit jelas merupakan diskriminasi kaum,” katanya menerusi kenyataan.
Kelmarin, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan pendaftaran parti baharu yang dikenali dengan nama singkatan “Bersatu” itu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Beliau berkata, Bersatu terbuka kepada semua warga negara Malaysia Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.
Yoke, pengarah pendidikan politik Pemuda DAP, berkata dasar kaum Bersatu itu merupakan percaturan politik silam yang tidak harus diguna pakai lagi.
“Langkah sedemikian bukan sahaja tidak akan disokong oleh pengundi bandar yang progresif, malah pengundi luar bandar turut tidak dapat membezakan antara Umno dengan Bersatu.
“Dan sudah pasti mereka tidak akan mengundi parti sebegini yang hanya ditubuhkan untuk menumpaskan rejim Najib” tegasnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top