pahangdaily pahangdaily Author
Title: Penduduk PAKR Pandan 2 Gesa Loji Kumbahan Di Baiki Segera
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Pandan 2 di sini tidak diselenggarakan dengan sistematik sehingga menimbulkan pelbagai masal...

KUANTAN: Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Pandan 2 di sini tidak diselenggarakan dengan sistematik sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk.

PAKR yang didiami penduduk sejak tiga tahun lalu itu mempunyai 800 rumah yang siap dibaiki dan 400 daripadanya sudah diduduki.

Bagaimanapun, dalam tempoh itu, terdapat banyak masalah timbul seperti loji kumbahan yang tidak diselenggarakan dengan teratur menyebabkan fungsinya terjejas.

Selain itu, rumah pam di kawasan itu juga tidak berfungsi kerana terbakar hampir setahun lalu menyebabkan sistem perparitan di kawasan itu tidak dapat diproses.

Wakil penduduk, Mohd Ibrahim A Bakar, 58, dia yang merupakan antara penduduk awal di PAKR itu berkata, semua masalah itu sudah dimaklumkan namun pihak berwajib mengambil masa lama untuk bertindak.

Menurutnya, penduduk di kawasan itu bukan sahaja terpaksa menghidu bau busuk akibat sistem kumbahan yang tidak sistematik tetapi juga berdepan dengan masalah banjir jika rumah pam tidak dibaiki sehingga akhir tahun.

“Rumah pam itu penting kerana ia memproses air daripada sistem perparitan. Jika hari hujan, air hujan tidak dapat mengalir dan bertakung.

“Sebagai penduduk di sini, saya amat kecewa dan terkilan dengan situasi yang berlaku sedangkan sudah beberapa kali aduan dibuat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Hadir sama, Adun Panching, Datuk Mohd Zaili Besar yang mengadakan lawatan ke PAKR Pandan 2 bersama agensi-agensi berkaitan bagi membincangkan masalah berkenaan.

Katanya, selain itu penduduk juga amat memerlukan kemudahan surau.

Sementara itu, Mohd Zaili berkata, dalam lawatan berkenaan, pihaknya mahu agensi dan kontraktor yang dilantik melaksanakan tugas selenggara dengan lebih sistematik untuk mengelak masalah tidak berterusan.

“Saya faham kos nak baiki rumah pam yang rosak akibat terbakar melibatkan kos yang tinggi namun ia perlu diutamakan supaya penduduk tidak menerima kesannya terutama pada musim tengkujuh hujung tahun nantii," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Zaili turut berharap proses pembinaan surau disegerakan kerana ia merupakan satu keperluan kepada penduduk di situ. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top