pahangdaily pahangdaily Author
Title: Persatuan Bola Sepak Selangor Pecat Zainal Sebagai Jurulatih
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) semalam bertindak memecat ketua jurulatihnya Zainal Abidin Hassan, selepas prestasi l...
PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) semalam bertindak memecat ketua jurulatihnya Zainal Abidin Hassan, selepas prestasi lemah pasukan itu dalam Liga Malaysia (Liga-M).
Penolong ketua jurulatih K. Gunalan akan menggantikan tempat beliau, menurut laporan Astro Awani
Pengurus skuad Liga Super Selangor, Amirudin Shari berkata keputusan itu selaras dengan arahan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melakukan rombakan dalam pasukan Selangor, yang akan diumumkan hari ini.
Sabtu lalu, Selangor tewas 0-1 kepada Kedah di Stadium Darul Aman.
Zainal mengakui pemainnya menerima tekanan selepas deretan kekalahan.
“Memang tidak dinafikan sebagai pemain bola sepak, apabila sampai keadaan sebegini, mereka agak tertekan. Itu yang saya beritahu kepada pelain, selagi merekla tertekan, mereka takkan dapat bermain dengan normal,” katanya.
Zainal dilantik ketua jurulatih Selangor pada Disember 2015. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top