pahangdaily pahangdaily Author
Title: Piala Malaysia: Ronaldinho Lakar Hatrik Malukan Pahang FC Di Shah Alam
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: P Gunalan nyata lega dan tersenyum lebar pada malam ini apabila Ronaldinho meledakkan hatrik untuk menewaskan Pahang FC 3-0 ...

SHAH ALAM: P Gunalan nyata lega dan tersenyum lebar pada malam ini apabila Ronaldinho meledakkan hatrik untuk menewaskan Pahang FC 3-0 pada malam pertama kendaliannya dalam saingan kumpulan B TM Piala Malaysia di Stadium Shah ALam malam tadi.

Razip Ismail mengubah sedikit barisan utamanya berbanding tewas di Melaka tempoh hari apabila menurunkan kembali penjaga gol Helmi Eliza dan juga pemain sayap R Kogileswaren bagi menggantikan Nasril Nourdin dan Norazam Azih.

Dua puluh minit pertama, kedua-dua pasukan seolah-olah bermain dengan berhati-hati apabila bola hanya berlegar di tengah padang dan tiada percubaan menarik yang dihasilkan.
elangor bagaimanapun membuka jaringan pada minit ke 37′ setelah Ronaldinho mudah menewaskan Helmi Eliza hasil daripada sepakan penalti setelah Andik Vermansyah dijatuhkan oleh Matthew Davies di dalam kotak penalti dan kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pahang yang menyedari ketinggalan rancak menyerang sebaik wisel separuh masa kedua bermula tetapi ketumpulan penyudah dan kekentalan pertahanan Selangor menidakkan gol terhasil.

Sebaliknya, Selangor menambah gol keduanya hasil jaringan pemain import dari Liberia yang mudah menampan bola ke dalam gawang setelah menerima hantaran dari R Gopinathan yang sebelum itu melakukan larian solo menewaskan beberapa orang pertahanan PAhang FC.

Ronaldinho kemudian mencetak hattrik pertamanya musim ini apabila sekali lagi tajam di depan gol setelah menyudahkan hantaran rendah pemain gantian Adam Norazlin dari kanan gol Pahang FC untuk Selangor mendahului  selesa 3-0.

Pahang yang cuba menyerang sekurang-kurangnya untuk mendapat gol saguhati pada minit-minit terakhir tetapi kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.

Selangor : Khairul Azhan (PG), Azmi Muslim (Muhammad Syukri), Saiful Ridzuan, Nazmi Faiz, Bunyamin Omar (K), Mohd Rizal Fahmi, S. Subramaniam, S. Veenod, R Gopinathan (Adam Norazlin), Patrick Ronaldinho (Abdul Hadi Yahya).

Pahang FC : Helmi Eliza (PG), Jailton de Campos, Saifulnizam Miswan, Matthew Davies (K) (Rizua Syafiqi), Mohd Faisal Rosli, Faysal Shayesteh, Claudio Meneses, Salamon Raj (Rizua Shafiqi), Kogileswaren (D Saarvindran), Pablo Vranjican, Hilmi Husaini (R Dinesh). #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top