Presiden FAM Bukan Jawatan Untuk Golongan Di Raja, Kata TMJ

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak sepatutnya dipegang golongan keluarga diraja dan yang mempunyai pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab yang mengambil bahagian.
Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata seorang individu yang neutral perlu memegang jawatan tertinggi badan induk itu bagi mengelakkan berlakunya ‘pilih kasih’.
“Beliau (presiden FAM) juga mestilah seorang yang neutral kepada semua negeri dan kelab yang mengambil bahagian. Ini bertujuan untuk mengelakkan rasuah dan berlakunya sikap pilih kasih,” katanya dalam kenyataan disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers.
TMJ menerusi kenyataannya itu turut menyarankan presiden dan ahli exco sedia ada dalam FAM mesti digugurkan.
“Ahli exco baru pula perlu terdiri daripada mereka yang berupaya untuk menyumbang dan bekerja demi kepentingan bola sepak negara. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]