pahangdaily pahangdaily Author
Title: Projek Penanaman Ketum, Kerajaan Tolak Cadangan Risda
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA: Kerajaan menolak cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) melaksanakan projek penanaman ketum ...
PUTRAJAYA: Kerajaan menolak cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) melaksanakan projek penanaman ketum berskala besar kerana ia membawa lebih banyak kemudaratan berbanding manfaat kepada masyarakat.
Sehubungan itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu perbincangan mengenai isu itu dihentikan segera, selepas keputusan itu dicapai ekoran taklimat Risda dengan kementeriannya.
“Kita lihat kesan kalau program ini diteruskan ianya akan membawa kesan sosial kepada masyarakat dan sebagainya.
“Risda akan meneruskan program penambahan pekebun kecil seperti kita laksanakan, iaitu tanaman-tanaman sampingan di kebun dan sebagainya seperti cili, cendawan dan juga program keusahawanan bagi membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil,” katanya pada sidang media di kementeriannya hari ini.
Ditanya jika ada pekebun yang mula menanam pokok ketum secara komersil, beliau berkata: “Dari segi program Risda itu tak ada. Tapi yang tanam sendiri itu kita tak tahu. Macam mana kalau ada esok, semua orang tanam dalam kebun getah, takkan polis nak jaga kebun getah pulak nak pastikan tak ada penyalahgunaan.”
Risda sebelum ini dilaporkan mahu mendapatkan kebenaran kerajaan untuk melaksanakan projek penanaman daun ketum secara terkawal kerana terdapat permintaan daripada syarikat farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat untuk menghasilkan ubat bagi kegunaan musim sejuk.
Sabtu lalu, Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainul Abidin dilaporkan sebagai berkata, ketum berpotensi menyumbang pendapatan berbilion ringgit kepada negara, selain dapat menambah pendapatan pekebun kecil. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top