pahangdaily pahangdaily Author
Title: Rahman: Pembangkang Guna Emosi Berfikir, Bukan Otak !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan ahli politik pembangkang menjadikan M...
KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan ahli politik pembangkang menjadikan Malaysia sebagai negara paling tertekan di dunia.
“Kenapa? Kerana kita mempunyai pembangkang yang tidak menggunakan otak mereka untuk berfikir, hanya emosi mereka,” katanya pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kepong, semalam.
Beliau berkata, Datuk Seri Najib Razak adalah perdana menteri paling tertekan di dunia kerana sering dihujani kenyataan berbentuk fitnah dan tuduhan liar daripada ahli pembangkang.
Menteri di jabatan perdana menteri itu berkata, pembangkang sudah tewas dan cuba meraih modal politik dengan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Najib, “bermula hari beliau mengambil alih” jawatan perdana menteri, pada 2009.
Beliau mendakwa parti pembangkang kekurangan dasar kukuh dan satu-satunya senjata mereka menentang BN adalah slogan “pilih saya kerana Umno tidak baik”.
“Pembangkang sepatutnya menggesa pengundi memilih mereka kerana mereka lebih baik dan ini adalah dasar ekonomi, sosial dan kebajikan kami. Tetapi tidak, mereka hanya mahu undi anda dengan berkata pihak lain tidak baik. Ini bukannya politik.
“Taktik itu adalah politik merosakkan dan itulah sebabnya kita tertekan. Mujur kita ada perdana menteri yang sabar dan berani,” katanya.
Mengenai sasaran terbaru pembangkang, iaitu identiti “Malaysia Official 1” yang tidak dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, Abdul Rahman berpendapat, tidak adil untuk menuduh Najib sedemikian.
“Jadi, DoJ menggunakan ini sebagai rujukan kepada seorang individu. Ini sebenarnya adalah petunjuk Najib bukan sebahagian daripada siasatan itu. Ini adalaha perkara baik,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top