Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia RM391.1 Bilion


KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM391.1 bilion (bersamaan dengan USD97.3 bilion) pada 29 Julai 2016.
Bank Negara dalam satu kenyataan mengumumkan paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri
Sementara itu, Bank Negara Malaysia turut mengumumkan pelantikan Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Penolong Gabenor yang baharu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2016.
Sebagai Penolong Gabenor,  Adnan bertanggungjawab terhadap Jabatan-jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan, Pentadbiran Pertukaran Asing, Undang-undang, serta Pengurusan dan Operasi Matawang.
Assistant Governor Encik Adnan Zaylani Mohamad Zahid_v2_w250Adnan mengambil alih portfolio Penolong Gabenor Norzila Abdul Aziz dan juga terus memegang jawatan Pengarah Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan.
Memulakan kerjayanya di Bank pada tahun 1994 dan mempunyai pengalaman bekerja selama 22 tahun dalam bidang operasi pelaburan dan pasaran kewangan.
Beliau memperoleh ijazah Sarjana Sains dalam Ekonomi Pasaran Global dan Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi daripada London School of Economics and Political Science, United Kingdom.
Berkuat kuasa pada 1 Ogos, Penolong Gabenor Norzila Abdul Aziz kini bertanggungjawab terhadap jabatan-jabatan Ekonomi, Dasar Monetari, Antarabangsa, dan Perkhidmatan Statistik. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]