pahangdaily pahangdaily Author
Title: Saman DoJ Amerika Syarikat Tidak Libatkan Saya, Kata Najib
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JAKARTA : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata tuntutan saman yang dikemukakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (Do...
JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata tuntutan saman yang dikemukakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) baru-baru ini tidak membabitkan dirinya, kerajaan Malaysia atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB), secara langsung.
Bulan lalu Peguam Negara AS Loretta Lynch mengumumkan tindakan sivil diambil bagi menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dikaitkan dengan konspirasi pengubahan wang haram daripada dana 1MDB.
Najib diserang pihak pembangkang dan orang awam susulan tuduhan rasuah berkait dengan 1MDB yang sarat menanggung hutang dan deposit wang dimasukkan ke bank akaun peribadinya bernilai kira-kira AS$680 juta.
Beliau menafikan sebarang salah laku dan tetap bertegas sumber wang itu bukan daripada 1MDB. Beliau juga berkata wang itu bukan untuk kegunaan peribadi.
Peguam negara Malaysia berkata wang itu hadiah daripada kerabat diraja Arab Saudi, dan kebanyakannya sudah dipulangkan semula.
“Saya hendak katakan apa yang dilakukan DoJ baru-baru ini tidak membabitkan saya, atau kerajaan Malaysia, atau 1MDB secara langsung,” kata Najib kepada stesen televisyen Indonesia, Metro TV.
“Saman itu menamakan lima individu. Ini bukan saman jenayah tetapi tuntutan sivil,” kata Najib yang sedang dalam lawatan kerja di Jakarta.
Katanya, isu 1MDB ialah isu perniagaan tetapi dipolitikkan oleh “musuh tertentu”.
Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, salah seorang pengkritik tegarnya, Najib berkata bekas perdana menteri Malaysia itu “taksub mengenai kawalan”.
“Dr Mahathir sebelum ini memberi sokongan kuat kepada saya dan menjadi mentor saya, tetapi beliau mempunyai kecenderungan untuk mengawal,” katanya dan menambah Dr Mahathir mahu memegang peranan dalam keputusan negara meskipun beliau bukan lagi perdana menteri.
Pada Mac, Dr Mahathir memfailkan tuntutan terhadap Najib, mendakwanya rasuah dan menyalahgunakan kuasa. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top