pahangdaily pahangdaily Author
Title: Saya Akan Bertindak Walau Keluarga Sendiri, Kazim Jawab Tuduhan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Datuk Mohd Kazim Elias hari ini berikrar akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pesalah seksual di sebuah maahad di ...
PETALING JAYA: Datuk Mohd Kazim Elias hari ini berikrar akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pesalah seksual di sebuah maahad di Manjoi, Perak, berikutan dakwaan ahli keluarganya terlibat dalam kesalahan itu.
“Kami tidak akan berkompromi sekiranya benar kes itu berlaku.
“Kami akan menyerahkan siapa jua yang terlibat kepada pihak berkuasa walaupun melibatkan darah daging sendiri,” kata pendakwah yang terkenal dengan rancangan ceramah agamanya, “Kalau Sudah Jodoh”, dipetik Utusan Malaysia.
Kazim mengadakan sidang akhbar di Ipoh bagi menjawab tuduhan pelajar diliwat, termasuk yang terkandung dalam laporan polis yang viral di media sosial.
Rabu lalu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan pihak sekolah terbabit.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak bawah 14 tahun untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau yang membawa hukuman penjara sehingga 5 tahun dan sebatan.
Kazim berkata beliau akan mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba mencemarkan imej Pusat Pendidikan Al-Barakah yang diketuainya, dan akan membuat beberapa laporan polis esok. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Saturday, August 27, 2016 2:58:00 PM

Kazim dah buat siasatan ke belum..tak usah cakap akan bertindak..siasat laa betul2..pasang perangkap ke atau perhati budak yg dikatakan punye angkara..

 
Top