pahangdaily pahangdaily Author
Title: Saya Di Pinjam Sementara Ke Jabatan Imigresen !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mustafar Ali m...

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mustafar Ali menegaskan bahawa perpindahannya ke Jabatan Imigresen hanyalah sementara.
"Saya masih lagi pegawai SPRM, cuma saya dipinjamkan sementara ke Jabatan Imigresen. Jadi, kita akan bersama-sama sebagai satu pasukan untuk memantapkan dan mengukuhkan organisasi yang saya terajui di luar sana," katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia pada Ahad.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Jumaat mengumumkan Mustafar akan dipindahkan ke Jabatan Imigresen berkuat kuasa 1 Ogos, mengambil alih jawatan Ketua Pengarah daripada Datuk Seri Sakib Kusmi.
Mustafar berkata, beliau mahu bekerjasama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu dilantik, Datuk Dzulkifli Ahmad yang mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Abu Kassim Mohammed.
"Macam dalam laporan akhbar, polis tahan 28 pegawai imigresen kerana terlibat dalam menyeludup masuk dan keluar warga asing ke negara ini. Perkara ini perlu dilihat dan sudah tentu, saya memerlukan bantuan daripada SPRM. 
"Harapan saya di Jabatan Imigresen dengan menggabung jalinkan tindakan kita dalam misi dan visi yang satu," katanya.
Mustafar turut berkongsi pengumuman mengenai perpindahannya sebagai satu kejutan di kalangan para pegawainya memandangkan beliau telah bersama-sama dengan organisasi itu lebih 30 tahun.

"Saya lihat mereka bukan sebagai kawan tetapi sebagai keluarga saya. Kesedihan saya juga apabila ada pegawai-pegawai datang ke bilik saya, tiba-tiba mereka kata kenapa Datuk Seri tinggalkan SPRM dengan begitu mengejut dan sebagainya.
"Ramailah yang menangis apabila meninggalkan bilik saya. Malah yang lelaki pun tanpa segan silu, sambil berpelukan mengucapkan terima kasih menangis teresak-esak. Semalam, semasa ucapan, saya sebak sangat sehingga menitiskan air mata apabila lagu Basmi Rasuah dinyanyikan sebelum majlis bermula.
"Dalam bait-bait senikata lagu itu ada disebut bersama sepakat untuk membanteras rasuah misalnya, tetapi tiba-tiba saya tidak ada dalam SPRM tetapi berada di luar, memang terlalu sedih. 
"Apa yang lebih penting masyarakat di luar sana sebagai pihak berkepentingan dan pelanggan jabatan itu perlu dididik supaya jangan lakukan sebarang bentuk penyelewengan atau menyimpang dari norma-norma kerja yang ada," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top