pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sultan Johor Guna Pesawat ’Emas’ Lawat Hartanahnya Di Perth
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Pesawat peribadi Boeing 737-800 berwarna emas milik Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dikesan di Swan River d...
PETALING JAYA: Pesawat peribadi Boeing 737-800 berwarna emas milik Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dikesan di Swan River dipercayai digunakan dalam lawatan untuk memeriksa pembinaan rumah peranginan mewahnya di kawasan eksklusif di pinggir barat bandar raya Perth, Australia.
Sultan Ibrahim dan isterinya, Raja Zarith Sofiah memilih Australia Barat sebagai destinasi percutian, kerana keberadaan mereka jarang disedari umum selain turut memliki kepentingan pelaburan di Perth.
Menurut laporan The Australian, Mac lalu, Sultan menjadi tetamu majlis pemaju hartanah, Graham Hardie di kediaman milik Dalkeith Mr Hardie sekali gus tertarik dengan sebuah hartanah di sana.
Kini, kedua-dua mereka bakal menjadi jiran selepas Sultan Johor itu berkenan membina rumah agam setinggi tiga tingkat di tepi sungai di atas tanah bekas kuarters jururawat yang dilaporkan dibeli dengan harga RM25.9 juta (AS$8.5 juta) daripada kerajaan Australia Barat.
Sultan Ibrahim yang memiliki kekayaan bernilai antara AS$1.4 bilion dan AS$1.6 bilion, aktif melibatkan diri dalam pelbagai pelaburan perniagaanya termasuk loji tenaga di Malaysia.
Pada tahun lepas, beliau juga menjadi pemegang saham terbesar dalam firma telekomunikasi Malaysia, Redtone.
“Saya memilih untuk bersikap jujur, Malaysia negara yang mengamalkan raja berperlembagaan. Saya terpaksa menyara hidup seperti orang lain.
“Saya tidak boleh bergantung kepada elaun RM27,000 sebulan saya.
“Saya mesti mencari nafkah, seperti mana rakyat biasa,” kata baginda, petik The Straits Times Mac lepas.
Rumah agam yang sedang dalam binaan milik Sultan Ibrahim di Perth itu sebelum ini merupakan kuarters jururawat dan sebahagian rumah penjagaan Claremont yang kemudiannya dinamakan semula sebagai Hospital Sunset.
Ia pernah menempatkan 750 orang antara tahun 1906 dan 1995.
Australia Barat mengambil keputusan menjual bangunan itu kepada Sultan untuk membantu dalam pemulihan bangunan untuk dijadikan pusat seni. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top