pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tarik Pelancong, MB Gesa Jaga Kebersihan Seluruh Negeri Pahang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang menggesa semua pihak untuk menjaga dan meningkatkan aspek kebersihan di semua tempat sempena sambutan ...

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menggesa semua pihak untuk menjaga dan meningkatkan aspek kebersihan di semua tempat sempena sambutan Tahun Melawat Pahang 2017 dalam usaha untuk menarik kehadiran pelancong ke negeri itu.

Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob memberitahu, kerjasama itu melibatkan semua pihak yang terbabit seperti pengusaha pelancongan, pemandu dan orang ramai sendiri bagi memastikan kebersihan di negeri itu terpelihara dan tidak memberikan imej buruk kepada pelancong tempatan dan luar.

Beliau berkata sedemikian dalam ucapan sempena Majlis Mesra Aidilfitri Pelancongan dan Kebudayaan Negeri sekaligus menyempurnakan majlis perasmian pejabat baru Tourism Pahang yang terletak di Indian Town, Putra Square di sini, baru-baru ini.

Adnan memberitahu, sektor pelancongan tidak lagi menjadi sub sektor sebaliknya ia seharusnya menjadi sektor persendirian berikutan perkembangan muktahir ia telah memberikan sumbangan besar kepada ekonomi negara.

Menurutnya, selain aspek kebersihan, hospitaliti juga penting seperti sikap mesra, peramah dan sedia membantu turut boleh menarik minat pelancong dan bagi peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

“Walaupun kita tidak tidak mendapat hasil dengan sambutan ini tetapi banyak pihak akan mendapat kesan limpahan ekonomi seperrti peniaga, pengusaha hotel dan persendirian,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Seri Sharkar Shamsudin memberitahu, pihaknya telah mempunyai  templat Prosedur Standard Operasi (SOP) untuk TMP 2017 yang akan digunakan untuk aspek kebersihan.



“Kita akan turun ke bawah dan templat kita sama seperti apa yang telah dibuat oleh Tourism Malaysia untuk Tahun Melaawat Malaysia dan templat ini mengikut negeri dan kita akan turun ke daerah-daerah ataupun zon-zon  selepas ini.

“Kita ingin menjemput semua penggiat industri untuk mendengar dan dalam sama perlu mengikut SOP seperti cara menyambut tetamu yang datang, kemudian aspek kebersihan,” katanya lagi.

Dalam pada itu,Sharkar juga memberitahu, majlis perbandaran dan majlis daerah kerana ia adalah pihak yang bertanggungjawab dan perlu memainkan peranan sama seperti menjaga kebersihan di tandas awam dan lokasi-lokasi pelancongan.

“Sehingga 1 Januari 2017, kita sentiasa terbuka dan mendengar kritikan dan dalam masa sama mempertingkatkan kebersihan terutamanya di kawasan tarikan dan tumpuan pelancong,” katanya lagi. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top