pahangdaily pahangdaily Author
Title: Terengganu Mungkin Adakan Pilihan Raya Negeri Mengejut
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Terengganu kembali dilanda krisis dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin boleh memutuskan sama ada negeri pe...

KUALA LUMPUR: Terengganu kembali dilanda krisis dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin boleh memutuskan sama ada negeri perlu menyelesaikannya dengan mengadakan pilihan raya negeri mengejut.
Krisis terbaharu itu susulan ketegangan yang tercetus antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan penyandang jawatan terdahulu yang tidak sehaluan, Datuk Seri Ahmad Said sejak beberapa hari lalu.
Situasi berkenaan menjadi "bahaya dan goyah" apabila Ahmad disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Ghazali Taib yang jelas memberontak.
Tindakan mereka keluar dari Umno akan menyebabkan DUN tergantung dan Ahmad Razif dikatakan perlu bersiap sedia dari segi mental untuk kemungkinan membubarkan DUN.
Ahmad menyuarakan rasa tidak puas hatinya pada Sabtu lalu, dengan menyasarkan Ahmad Razif dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahmad yang merupakan Ahli Undangan Negeri (Adun) Kijal menyampaikan ucapan panjang dan berang pada majlis Umno di Kemaman yang mana beliau mencabar parti untuk memecatnya, dengan menyatakan "mereka akan lihat apa yang saya boleh lakukan".
Kemarahannya dipercayai susulan permintaan Ahmad Razif kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno supaya memecat bekas menteri besar itu.
Ahmad Razif, yang ditemui pemberita pada majlis Hari Raya pada Selasa mengesahkan Umno Terengganu telah menghantar laporan mengenai dakwaan salah laku Ahmad kepada MT dan Lembaga Disiplin parti.
"Parti telah mengambil tindakan terhadap timbalan presiden dan naib presiden Umno. Saya menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk mengambil tindakan disiplin berdasarkan laporan kami. Sepatutnya takkan ada 'double standard'," kata Ahmad Razif.
Difahamkan Menteri Besar juga meminta MT supaya mempertimpangkan untuk mengadakan pilihan raya negeri mengejut bagi menyelesaikan krisis yang berlaku.
"MB meletakkan jawatan bergantung kepada keadaan. Jika tiada pilihan raya, beliau bersedia dan yakin Barisan akan melakukannya dengan lebih baik," kata pegawai Umno Terengganu.
Ia bukan pertama kali Ahmad cuba untuk menjatuhkan penggantinya tetapi kali ini beliau dilihat mendapat sokongan Ghazali.
Ghazali yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas mengadakan sidang media pada Selasa bagi mempertahankan Ahmad dan menyatakan tiada keperluan untuk memecat mana-mana Adun di Terengganu.
Beliau turut mengkritik kerajaan negeri dan mengingatkan Barisan bahawa ia mendapat kuasa mentadbir negeri itu dengan majoriti dua kerusi.
Daripada 32 kerusi, Umno mempunyai 17 kerusi, PAS 14 dan PKR satu. DUN tergantung akan berlaku sekiranya Ahmad dan Ghazali mahu mengisytiharkan diri mereka sebagai Bebas.
"Politik di Terengganu penuh dengan dendam dan kita perlu berdepan dengan krisis sekali lagi. Semuanya berdebar, sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku dalam beberapa hari akan datang," kata pakar politik Terengganu, Dr Azmi Omar.
Pada sidang DUN sebelum ini, Ahmad cuba untuk membentangkan usul undi tak percaya terhadap Menteri Besar tetapi gagal.
Kepimpinan Umno hilang keyakinan terhadap Ahmad selepas hampir menyaksikan kejatuhan parti itu di Terengganu pada pilihan raya umum 2013.
Ahmad dan dua lagi Adun meletakkan jawatan dari Umno dan hampir menumbangkan kerajaan Barisan apabila Perdana Menteri menggantikan beliau pada 2014.
Bagaimanapun, ketiga-tiga individu termasuk Ghazali dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud dipujuk untuk menarik balik perletakan jawatan mereka.
Kedudukan Ahmad Razif juga tergugat sebelum ini apabila Sultan menarik balik semua gelarannya yang sehingga kini tidak diketahui puncanya.
Kelebihan yang ada pada Menteri Besar adalah PAS tidak berminat untuk mengambil Ahmad atau mana-mana rakannya menyertai parti Islam itu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan secara terbuka berkata, PAS mahu berkuasa di Terengganu menerusi pilihan raya dan bukannya melalui pintu belakang. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top