pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tian Chua: PKR Sedia Beri Kerusi Kepada Parti Tun Dr Mahathir
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: PKR bersedia melepaskan kerusi kepada parti baharu naungan Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersa...
PETALING JAYA: PKR bersedia melepaskan kerusi kepada parti baharu naungan Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang sedang menunggu kelulusan Jabatan Pendaftaran.
Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, kesediaan melepaskan kerusi milik parti itu merupakan bukti komitmen PKR bekerjasama dengan parti Melayu itu yang bakal dipimpin bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Takkanlah kerjasama kita tak berkongsi kerusi. Kalau tidak, kita tak katakan kerjasama. Kita kena rasional.
“Kerusi dia (Bersatu) boleh menang, dia ambil, kita (PKR) boleh menang kita ambil,” katanya ketika dihubungi  hari ini.
Semalam, Muhhyiddin berkata pihaknya mengintai beberapa kerusi milik PKR dan PAS pada PRU14 akan datang.
Katanya, sesetengah kawasan dikenalpasti sesuai untuk parti berkenaan bertanding.
Dalam pada itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata parti itu akan membincangkan pembahagian kerusi PRU14 terlebih dahulu dengan sekutunya Parti Ikatan Bangsa Malaysia pimpinan Tan Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Katanya, ia mahu membincangkan isu kerusi pilihanraya terlebih dahulu dengan Ikatan.
Katanya, hanya selepas itu perbincangan akan diadakan dengan PKR.
“Manakala dengan Bersatu pula, setakat ini tiada pakatan dengan PAS,” kata Zuhdi.
Zuhdi berkata pertandingan 2 penjuru atau satu-lawan-satu bukan formula terbaik untuk kesejahteraan politik Malaysia.
“Formula ini akan mengenepikan parti-parti kecil atau baru yang sebenarnya mewakili segmen pengundi tertentu, malah formula ini juga tidak menyumbang kepada usaha menyuburkan demokrasi,” tegasnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top