pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tidak Ramai Ahli UMNO Akan Sertai Parti Dr M, Kata Mahdzir
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mahdzir Khalid yakin tidak ramai ahli Umno akan menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan Tun Dr Mahathir M...
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mahdzir Khalid yakin tidak ramai ahli Umno akan menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana mereka masih percaya kepada pucuk pimpinan sedia ada.
Bagaimanapun, ahli majlis tertinggi Umno itu memberi amaran kepada parti itu supaya bersiap sedia terhadap saingan bakal diberikan parti baharu berkenaan untuk merebut sokongan pengundi Melayu pada pilihan raya umum akan datang.
“Ini demokrasi, sesiapa sahaja boleh tubuh parti. Tetapi sudah berapa banyak parti Melayu yang ada. Tubuh pula satu lagi, nak ambil siapa lagi sebagai ahli melainkan orang Melayu?
“Kita di dalam Umno dan Barisan Nasional kena bersedia untuk hadapi kumpulan baharu ini, selain (parti-parti) yang sudah ada,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Setiawangsa, hari ini.
Mesyuarat di kediaman Dr Mahathir pada 3 Ogos lalu memutuskan penubuhan sebuah parti baharu berasaskan bumiputera yang akan diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.
Kelmarin, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengingatkan ahli sayap itu tidak mengambil mudah penubuhan parti baharu berkenaan dengan beranggapan parti kecil itu tidak akan bertahan lama.
Jelasnya, adalah terlalu angkuh untuk menganggap sedemikian kerana parti baharu itu ditunjangi nama-nama besar seperti Dr Mahathir sendiri, Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Sementara itu, Mahdzir yang juga menteri pendidikan menggesa ahli parti tidak mempedulikan langkah bekas pemimpin Umno tersebut, sebaliknya terus berbangga sebagai ahli Umno.
“Kita tiada masa nak berkisah dengan orang seumpama ini. Kalau susah dan banyak kerenah sangat, keluar dan tubuh parti sendiri.
“Kita jangan peduli hal orang, tetapi perkuat sesama kita. Jangan malu dan rasa tidak ke hadapan kerana berada dalam Umno. Ini parti yang mempunyai wawasan dan gagasan dalam membuat keputusan untuk negara,” kata ahli Parlimen Padang Terap itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top