Tindakan Tegas Pelajar Tajaan Mara Terlibat Perhimpunan Haram


KOTA BHARU: Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) sekiranya didapati terlibat dengan perhimpunan antikerajaan di Kuala Lumpur Sabtu lepas.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata setakat ini bagaimanapun tiada laporan diterima mengenai pelajar tajaan Mara terlibat dengan perhimpunan itu.
Perhimpunan di luar dari kawasan ditetapkan polis ialah perhimpunan haram, tegasnya.
"Mana-mana pelajar tajaan Mara yang menyertai perhimpunan haram kami akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Moh Ngeteh' Hari Kebangsaan kementeriannya di Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa di sini Isnin.

Ismail Sabri berkata program Moh Ngeteh, atau 'mari minum teh', adalah untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dalam kalangan lebih 500,000 warga kementerian itu termasuk jabatan dan agensi serta organisasi di bawahnya seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di seluruh negara.
Beliau berkata program itu, yang diadakan serentak di seluruh negara hari ini, turut melibatkan 40 Pusat Transformasi Luar Bandar dan pelajar tajaan Mara di luar negara.
Turut hadir Timbalannya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]