pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tindakan Tegas Segera Tangani Insiden Gaduh Penyokong Perak Dan JDT
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Football Malaysia LLP (FMLLP) memandang serius dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden keganasan selepas perlawanan Liga Supe...

SHAH ALAM: Football Malaysia LLP (FMLLP) memandang serius dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden keganasan selepas perlawanan Liga Super di antara Perak menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam (foto) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menunggu laporan penuh daripada Komisioner Perlawanan dan Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) berhubung perkara ini.
“Sejak insiden keganasan di Stadium Selayang, FMLLP mencuba pelbagai cara mendapatkan kerjasama dari pihak terlibat termasuk dari pihak berkuasa dan berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan tegas terhadap pelaku keganasan ini.
“Selama ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selalu mengingatkan FMLLP bahawa mereka mahu terlibat secara langsung di dalam bahagian integriti dan keselamatan.
“Jadi, kami berharap Jawatankuasa Keselamatan FAM membantu untuk memastikan perkara sebegini tidak berulang dalam Liga Malaysia,” katanya.
Beberapa klip video dimuat naik ke laman sosial sejak semalam berhubung insiden pergaduhan kedua-dua pasukan sejurus tamat perlawanan yang menyaksikan JDT mengatasi Perak 0-1.

Kevin berkata, FMLLP turut meminta orang ramai yang melihat kejadian itu tampil mengemukakan bukti keganasan bola sepak bagi memudahkan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan FAM mengambil tindakan lanjut.
Selain itu, FMLLP turut mengingatkan petugas media supaya mengambil langkah keselamatan sewajarnya bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku ketika membuat liputan.
“FMLLP juga menerima laporan seorang petugas media diserang dan kamera dicuri. Segala maklumat dan rakaman video diterima dimajukan ke pihak berkuasa dan mengesyorkan tindakan mesti diambil kepada mereka bersalah.
“FMLLP juga mengkaji serta memperkemaskan protokol keselamatan media dan berharap ianya diikuti petugas media di masa hadapan,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top