pahangdaily pahangdaily Author
Title: Wan Azizah: Pembangkang Perlu Sedia Hadapi Pilihan Raya Mengejut
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pembangkang sepatutnya bersiap sedia, tidak kira sama ada BN aka...
PETALING JAYA: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pembangkang sepatutnya bersiap sedia, tidak kira sama ada BN akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam masa terdekat atau tidak.
Wan Azizah berkata selagi pembangkang dapat bekerjasama, maka tidak sepatutnya timbul sebarang isu walaupun BN membentuk kerajaan persekutuan sejak Merdeka.
“Kita sepatutnya bersedia bila-bila masa saja. Sudah beberapa tahun sejak PRU lalu. Jadi ini ialah sesuatu yang kita perlu jangka.
“Perdana menteri menerima terlalu banyak persepsi negatif dan kita akan mendapatkan rakyat yang juga pihak berkepentingan dalam pilihan raya umum,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Kek Bulan Reformasi di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
Wan Azizah berkata demikian ketika mengulas ramalan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam yang BN akan mengadakan pilihan raya mengejut tidak lama lagi.
Malaysiakini melaporkan Musa sebagai berkata semalam BN mungkin mengadakan pilihan raya sebelum parti baharu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dapat bertapak dengan kukuh.
“Jika hendak melihat perubahan, kita kena bekerja bersama.
“Pada 2013, Pakatan Rakyat menang undi popular menerusi kerjasama. Jadi kita mengalu-alukan kerjasama daripada bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berdoa Tun Dr Mahathir Mohamad cepat sembuh,” katanya.
Dr Mahathir dimasukkan ke hospital awal minggu ini kerana terdapat jangkitan di dadanya.
Mengenai status pelbagai bangsa dalam Bersatu, Wan Azizah berkata ia hak parti berkenaan tetapi PKR selama ini mendesak status kesaksamaan untuk semua orang.
Wan Azizah juga menafikan terlalu banyak parti yang ada akan menjejaskan pembangkang menerusi undi terbahagi, dan berkata BN mempunyai 14 parti dalam satu gabungan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top