pahangdaily pahangdaily Author
Title: Zainal Abidin Hassan Terbuka Terima Keputusan FAS
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM : Zainal Abidin Hassan menerima keputusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menamatkan kontraknya sebagai Ketua Jurulatih ...

SHAH ALAM: Zainal Abidin Hassan menerima keputusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menamatkan kontraknya sebagai Ketua Jurulatih Selangor dengan hati terbuka. Baginya, beliau sudah melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan, namun beranggapan masanya belum tiba bagi meraih kejayaan diimpikan.
“Mungkin pencapaian tidak begitu baik ketika ini, maka saya menerima dengan hati terbuka keputusan FAS. “Namun, saya tetap bangga kerana digugurkan ketika pasukan masih dalam situasi mampu mengejar kejuaraan,” katanya.
Penamatan kontrak Zainal berlaku selepas Menteri Besar merangkap Presiden FAS, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengarahkan Pengurus pasukan, Amirudin Shari dan Penolong pengurus, Hisham Ghouth, melakukan rombakan terhadap pengurusan FAS juga pasukan Selangor.
Ia susulan prestasi hambar Selangor yang mengalami kekalahan berterusan dengan terbaru kepada Kedah (0-1), Sabtu lalu, dalam saingan Liga Super. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan FAS dan semua pihak juga penyokong yang memberi kerjasama sepanjang perkhidmatannya bersama Selangor dalam Liga Malaysia.
Katanya, antara punca beliau gagal menyempurnakan misi adalah masalah kecederaan beberapa pemain utama tetapi tetap berusaha memenuhi keinginan The Red Giants yang tinggi. “Saya tidak akan berputus asa kerana ini adalah cabaran untuk saya terus berusaha meningkatkan ilmu kejurulatihan.
“Kepada pasukan dan pemain, teruskan usaha dengan kerja keras, berikan kerjasama kepada jurulatih. “Selamat berjaya kepada pengganti saya (K Gunalan),” katanya yang berjaya membimbing Pahang muncul juara Piala Malaysia 2014.
Mantan pemain kebangsaan itu berkata, di sebalik pelbagai kejayaan diraih ketika bergelar pemain bersama Selangor, mungkin masa belum memihak kepadanya untuk mengulangi keadaan sama selaku jurulatih. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top