pahangdaily pahangdaily Author
Title: 22 Cawangan UMNO, 9 JKKK DUN Kuala Sentul Bantah Cadangan SPR !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
MARAN:  Sebanyak 22 Cawangan UMNO dan 9 JKKK Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kuala Sentul, menyatakan bantahan terhadap  Cadangan Semakan...

MARAN: Sebanyak 22 Cawangan UMNO dan 9 JKKK Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kuala Sentul, menyatakan bantahan terhadap Cadangan Semakan Semula Bahagian Pilihanraya Negeri Pahang oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Difahamkan, mereka telah berbincang dan mencapai kata sepakat membuat keputusan untuk membantah dan menolak cadangan SPR berhubungkait cadangan tersebut.

Pada 15 September lalu ADUN Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Shamsuddin (foto) ada memuat naik status di facebook beliau yang memohon pandangan daripada orang ramai tentang perkara ini. 

"SPR mulai hari ini mempamerkan persepadanan baru yg turut melibatkan Parlimen Maran yg mana menyaksikan Dun Jengka kembali ke Parlimen Maran,manakala Dun Kuala Sentul tidak lagi ujud apabila Jengka 1 dan Sg Jerik dimasukkan ke Dun Jengka dan yg selebihnya iaitu Felda Uj, Jengka 2, 3, 4, 5 dan Kg Kuala Sentul ke Dun Luit. Kepada pengundi dlm Dun Kuala Sentul, kalau setuju katakan setuju,kalau tidak bersetuju anda berhak membuat bantahan melalui borang bantahan yg disediakn pihak SPR sebelum 15/10/2016. Sekian Untuk Makluman".


Susulan daripada itu satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh kumpulan tersebut semalam.

1.Behubung dengan Cadangan Semakan Semula Bahagian Pilihanraya Negeri Pahang oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi kawasan N25 DUN Kuala Sentul.

2.Justeru itu seluruh Kepimpinan 22 Cawangan UMNO dan 9 JKKK dalam DUN Kuala Sentul telah berbincang dan mencapai kata sepakat membuat keputusan untuk membantah dan menolak cadangan SPR berhubungkait Cadangan Semakan Semula Bahagian Pilihanraya Negeri Pahang 2016 untuk kawasan N25 DUN Kuala Sentul sepertimana yang telah dipamerkan kepada umum.

3. Bagi 22 Cawangan UMNO dan 9 JKKK dalam DUN Kuala Sentul telah mengambil keputusan bersama untuk tidak bersetuju dengan cadangan SPR berhubung kait persempadanan semula kawasan N25 DUN Kuala Sentul sepertimana yang terkandung dalam dokumen awam yang dikeluarkan oleh SPR. Susulan dari keputusan bersama, bantahan akan dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan kepada SPR.

4. Bagi tujuan di atas satu Jawatankuasa Bertindak Membantah Cadangan Bahagian Pilihanraya Negeri Pahang 2016 bagi Kawasan N25 DUN Kuala Sentul telah ditubuhkan.

5.  Jawatankuasa ini adalah terdiri daripada kepimpinan 22 Cawangan UMNO DUN Kuala Sentul dan 9 JKKK serta penduduk yang menjadi pengundi di dalam DUN Kuala Sentul yang berhak membuat bantahan dan ianya selaras dengan Seksyen 5 (C),Bahagian II ,Jadual Ketiga Belas,Perlembagaan Persekutuan.

Kepimpinan 22 Cawangan UMNO dan 9 JKKK dalam DUN Kuala Sentul juga pada waktu yang sama ingin menyatakan pendirian berhubung kenyataan YAB MB Pahang DSDR Adnan Hj Yaakob ingin menawarkan diri untuk tidak bertanding dalam PRU ke 14.

1. Kepimpinan 22 Cawangan UMNO dan 9 JKKK dalam DUN Kuala Sentul menyatakan ikrar dan taat setia kepada pucuk pimpinan parti yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri DS Mohd Najib Tun Razak,yang dibantu oleh YAB DSDR MB Pahang DSDR Hj Adnan Hj Yaakob.

2. Bagi Negeri Pahang,kepimpinan YAB MB Pahang masih diperlukan untuk menerajui kepimpinan negeri Pahang dan seterusnya menerajui jentera pilihanraya dalam PRU ke 14 nanti.

3. Kami yakin gandingan YAB DS Mohd Najib Tun Razak dan YAB DSDR MB Pahang Adnan Hj Yaakob adalah gandingan yang terbaik untuk memastikan kemenangan besar Barisan Nasional Negeri Pahang dalam PRU ke 14 nanti.

4. Dengan ini kami kepimpinan 22 Cawangan UMNO dan 9 JKK didalam DUN Kuala Sentul mendesak agar YAB MB Pahang memberikan pertimbangan semula hasrat beliau untuk tidak lagi bertanding dalam PRU ke 14.

Sebagai makluman, DUN Kuala Sentul sudah beberapa kali berubah nama selepas persempadanan semula pilihanraya oleh SPR. Sebelum ini DUN tersebut di kenali sebagai DUN Hulu Jempul. Apakah perubahan ini dapat diterima oleh pengundi di kawasan terbabit, atau mungkin undi protes akan berlaku pada PRU-14 nanti.

Apapun sama-sama kita nantikan adengan seterusnya kontroversi ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top