[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Amanah Mesyuarat Isnin Depan Tentukan Jawatan Husam Dalam Parti


KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (Amanah) akan bermesyuarat Isnin ini (5 September) bagi menentukan kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa dalam parti berkenaan.
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, mesyuarat itu perlu berikutan tindakan Husam sebelum ini yang menolak jawatan peringkat nasional dalam parti itu.
"Kita akan bincang 5 September ini di Wisma Amanah di Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, selepas menyambut kepulangan Husam dari Kuala Lumpur pada Khamis.
Selasa lepas, Husam yang juga bekas Naib Presiden PAS mengumumkan menyertai Amanah pada satu majlis makan malam di Cyberjaya.
Husam dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu, susulan lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-Umno.
Ditanya mengenai janji penyerahan jawatan pengerusi Amanah Kelantan kepada Husam apabila Adun Salor itu menyertai Amanah, Wan Abdul Rahim berkata, beliau masih berpegang kepada janji itu.
Sementara itu, Husam berkata, soal jawatan dan kedudukan dalam parti adalah tidak penting bagi dirinya dan terpulang kepada Amanah untuk menentukan kedudukannya dalam parti itu. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Saiful Azmi Husin said...

Husam kan lebih hebat dari Mike Sabun...bagi jawatan presiden seumur hidup!

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]