pahangdaily pahangdaily Author
Title: Bersih 5.0 Sedarkan Rakyat, Bantah Kepincangan Sistem Pilihan Raya
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM : Perhimpunan Bersih 5.0 yang dijangka pada November depan boleh dijadikan penanda aras bantahan rakyat terhadap kepincangan...

SHAH ALAM: Perhimpunan Bersih 5.0 yang dijangka pada November depan boleh dijadikan penanda aras bantahan rakyat terhadap kepincangan sistem pilihan raya di negara ini.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, rakyat perlu menggunakan kesempatan itu, lebih-lebih lagi negara kini berdepan pelbagai kemelut juga skandal.
“Saya menyokong Bersih 5 diadakan pada November ini untuk memberi kesedaran kepada rakyat berkenaan kepincangan sistem pilihan raya yang sepatutnya bersih dan adil tetapi dinodai pelbagai penyelewengan.
“Ia termasuk memindah pengundi secara haram sekali gus bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Negara,” katanya kepada SelangorKini.
Pada masa sama, Suee Lim berkata, perhimpunan itu turut dijadikan medium bagi rakyat terus menyatakan bantahan terhadap kepincangan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Terdahulu, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah mengumumkan himpunan Bersih 5.0 akan diadakan pada November depan.
Bagaimanapun, katanya, tarikh himpunan itu akan diumumkan kemudian. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top