pahangdaily pahangdaily Author
Title: Cawangan UMNO Di DUN Chenor Rayu MB Tarik Balik Hasrat Undur !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
CHENOR:  Sebanyak 37 UMNO  Cawangan di DUN Chenor merayu Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, menarik balik  hasrat beliau u...

CHENOR: Sebanyak 37 UMNO  Cawangan di DUN Chenor merayu Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, menarik balik  hasrat beliau untuk tidak bertanding pada PRU14.

Mereka turut mengadakan  mesyuarat menyatakan sokongan sebulat suara agar Adnan terus  berkhidmat dan tidak meneruskan hasrat bersara.

ADUN Chenor, Datuk Mohamed Arifin Ismail (foto) berkata, rakyat masih memerlukan khidmat Adnan sebagai Pengerusi BN negeri dan Menteri Besar Pahang.

Menurutnya, dalam mendepani cabaran PRU14 nanti, Umno memerlukan sentuhan dan khidmat daripada seorang tokoh politik yang berpengalaman.

“Pada PRU11, 12 dan 13, Adnan berjaya mengekalkan keunggulan parti dengan menguasai kemenangan majoriti dua per tiga BN. Justeru, demi kejayaan dan kelangsungan BN pada PRU14, kami mohon beliau menarik balik hasratnya,” katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perjumpaan khas bersama kepimpinan kampung dan Umno cawangan-cawangan DUN Chenor, di sini, semalam.

Adnan sebelum ini memaklumkan beliau telah terlalu lama memegang jawatan Menteri Besar Pahang dan sudah tiba masa untuknya berundur tanpa desakan mana-mana pihak.

Adnan dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999, menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob dan pada 27 Mac 2004 beliau sekali lagi dilantik sebagai Menteri Besar Pahang bagi penggal kedua.

Dalam perkembangan lain Mohamed Arifin berkata, DUN Chenor akan menubuhkan jawatan kuasa bertindak bagi mengemukakan usul mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

“Jika ada, jawatankuasa bertindak inilah yang akan mengemukakan bantahan kepada SPR sebelum 14 Oktober depan,” katanya.

Beliau bagaimana pun menyokong penuh syor SPR yang meletakkan DUN Jengka di bawah Parlimen Maran kerana Jengka sememangnya berada di bawah pentadbiran Daerah Maran. 

Menurutnya, lebih mudah jika Jengka berada di bawah kawasan pentadbirannya sendiri, iaitu Maran. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top