pahangdaily pahangdaily Author
Title: KPN Digesa Umum Perkembangan Terkini "Siasatan" Ke Atas Ali Tinju !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu dimaklumkan perkembangan terkini siasatan polis terhadap Mohd Ali Baharom, yang juga dikenali sebagai A...
KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu dimaklumkan perkembangan terkini siasatan polis terhadap Mohd Ali Baharom, yang juga dikenali sebagai Ali Tinju, kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.
“Ugutan yang didakwa dilakukannya serta tingkah laku seperti samseng untuk menakutkan orang lain tidak boleh dibiarkan begitu sahaja apabila ia dilakukan secara terbuka,” tambah beliau.
“Perbuatan itu langsung tidak pedulikan kedaulatan undang-undang,” tegas wakil rakyat DAP itu dalam satu kenyataan.
Melihat kepada berat dakwaan terhadap Ali Tinju, beliau menyeru Ketua Polis Negara (KPN) supaya mengumumkan adakah siasatan ke atas bekas tentera itu mendapati ada kesalahan dilakukan.
“Jika ya, adakah beliau akan didakwa,” katanya.
Ramkarpal mengulas kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan siasatan terhadap Ali Tinju berhubung dakwaan ugutan itu.
“Ali Tinju mendakwa disoal siasat oleh polis selama tiga jam,” katanya.
Dakwaan Ali Tinju yang mengatakan kenyataan terhadap Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah disalah petik media disangkal FMT.
Portal berita itu menyiarkan artikel bertajuk “FMT tidak salah petik Ali Tinju, ikuti rakamannya” hari ini bersama salinan rakaman suara, kata Ramkarpal.
“Pemberita turut menyiarkan kata demi kata perbualan yang didakwa antara pemberita itu dan Ali Tinju.”
Perkataan yang dikaitkan kepada Ali Tinju adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan, tegas beliau.
Ramkarpal memetik beberapa petikan daripada perbualan itu, seperti yang dilaporkan artikel tersebut, yang kelihatan membahayakan nyawa Maria Chin:
“Pemberita: Maria Chin cakap kalau Tuan buat exercise pinggang dia akan sediakan air untuk Tuan. Boleh saya dapatkan comment?
Ali Tinju: Dia kena ingat, saya takut dia nanti tidak akan berjalan di atas bumi. Ini kata-kata bekas tentera. Jangan cabar kami nanti kami akan buatkan kaki dia ke atas, kepala ke bawah jalan.
Pemberita: Maknanya macam angkat mayat?
Ali Tinju: Itu you saksikan akan terjadi dalam masa terdekat.”
Ali Tinju mendakwa dia disalah petik, kata wakil rakyat itu.
“Versi ceritanya dan FMT sangat bertentangan.”
Dalam keadaan itu hanya satu versi yang boleh diterima, katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top