Dua Beranak Maut Ketika Tonton Perlumbaan Go-Kart Di Kuantan !


KUANTAN: Dua beranak maut manakala beberapa yang lain cedera selepas dirempuh sebuah kereta go-kart ketika perlumbaan sukan bermotor EIMARACE, di sini, pagi Ahad.


Dalam kejadian pukul 11.30 pagi Ahad,  mangsa Izuan Isa, 30, bersama anak perempuannya berusia empat tahun sedang menyaksikan perlumbaan itu sebelum dirempuh satu kenderaan tersebut yang dikatakan hilang kawalan.


Difahamkan kenderaan itu hilang kawalan ketika cuba memotong kenderaan lain sebelum merempuh dua beranak tersebut.

Menurut saksi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya pula di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas cedera parah di kepala.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Aziz Ahmad mengesahkan kejadian tersebut.
Insiden itu menyebabkan pertandingan bagi kategori 250cc dibatalkan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]