pahangdaily pahangdaily Author
Title: Gagal Kawal Penonton, PBNP Terima Padah Di Denda RM15,000
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Kantung Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) bakal berkurang setelah didenda RM 15,000 oleh Persatuan Bolasepak Malays...

KUALA LUMPUR: Kantung Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) bakal berkurang setelah didenda RM 15,000 oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah didapati bersalah apabila gagal mengawal kelakuan penonton dalam keputusan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang berlangsung pada 1 September 2016 yang lalu.

Keputusan itu yang diumumkan melalui laman sesawang FAM menyatakan PBNP bersalah berikutan tindakan penyokong mereka yang membakar mercun dan melontar bom asap ke atas trek dan tepi padang permainan ketika perlawanan Piala Malaysia di antara Pahang FC menentang Kuala Lumpur di Stadium Darulmakmur yang berlangsung pada 12 Ogos lalu.

Tindakan penyokong pasukan Pahang yang telah membakar mercun dan melontar bom asap ke atas trek dan tepi padang permainan semasa perlawanan Piala Malaysia 2016 di antara Pahang lawan Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2016 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.



Persatuan Bolasepak Pahang telah didapati kerana melanggar ‘Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’  dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 42 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Pelanggaran berulang’ dan dikenakan hukuman berikut:
  • Didenda sebanyak RM15,000.00; dan
  • Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Pahang FC  memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Claudio Meneses dan Jailton De Campos namun keputusan itu gagal membantu untuk layak ke suku akhir saingan Piala Malaysia.

Perbuatan melempar bom asap dan juga mercun ini dikatakan satu protes dari penyokong yang mahukan perubahan dalam struktur pentadbiran PBNP selain menuntut ketua jurulatih pasukan itu, Razip Ismail meletak jawatan berikutan prestasi hambar dalam beberapa perlawanan terakhir musim ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top