pahangdaily pahangdaily Author
Title: Hadi Awang Sahkan Bentang RUU Mahkamah Syariah Bulan Depan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan akan membentangkan semula Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yan...

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan akan membentangkan semula Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang bertujuan memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah pada persidangan Dewan Rakyat bulan depan.

"Ya, ya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat di Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia, Ahad.

RUU itu bertujuan untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah menguatkuasakan hukuman, kecuali hukuman mati, seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang Syariah bagi kesalahan melibatkan umat Islam yang disenaraikan di bawah bidang kuasa negeri dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam ucapannya, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, mengulangi bahawa orang bukan Islam tidak perlu takut kepada RUU itu kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa undang-undang ke atas mereka.

"Orang Islam mempunyai undang-undang mereka sendiri, manakala orang bukan Islam mempunyai undang-undang masing-masing. Kita perlu menghormatinya.

"Jika bukan Islam memilih untuk dibicarakan di bawah undang-undang Islam, kita boleh menerimanya.

"Walau bagaimanapun, Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkannya," katanya.

Hadi berkata, tidak ada jaminan bahawa RUU itu akan disokong oleh ahli-ahli parlimen Islam daripada Umno, DAP atau PKR.

"Kami hanya membincangkan mengenai perkara-perkara berkaitan Islam dan ia tidak ada kena mengena dengan orang lain.

"Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk melindungi orang yang seagama dengan kami dan pada masa yang sama memastikan keadilan kepada kaum-kaum lain," katanya. #
sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top