pahangdaily pahangdaily Author
Title: Hari Malaysia: Lim Kit Siang Gesa Anwar Di Berikan Pengampunan DiRaja
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHRU: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berpandangan sambutan Hari Malaysia dua hari lagi harus menjadi agen penyatuan rakyat Ma...

JOHOR BAHRU: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berpandangan sambutan Hari Malaysia dua hari lagi harus menjadi agen penyatuan rakyat Malaysia dalam membina citra negara yang unggul.
Katanya, langkah untuk menjadikan Hari Malaysia yang diraikan untuk kali ke-53 tahun ini sebagai sebuah perayaan Hari Kebangsaan harus ditandai dengan pembebasan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara sebagai seorang tahanan politik.
“Tidak ada permulaan yang lebih baik dalam proses untuk menyatukan semua rakyat Malaysia untuk tujuan membina Malaysia yang unggul selain daripada pembebasan patriot dan pemimpin Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tahanan penjara,” katanya.
Justeru, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menyeru supaya Anwar Ibrahim diberi pengampunan di-Raja dan dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada sambutan hari tersebut.
Desakan pembebasan Anwar Ibrahim kian memuncak sejak akhir-akhir ini. Terbaharu, peguam yang baru menyertai barisan pembelaan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Kimberley Motley mendapati terdapat banyak bukti untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.
Awal tahun ini, Pengisytiharan Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWGAD) juga telah mengiktiraf Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mangsa tahanan politik. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top