pahangdaily pahangdaily Author
Title: Hari Yang Penuh Bermakna Buat Atlet-Athlet Paralimpik Malaysia
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Hampir sebulan berjauhan dengan ahli keluarga serta orang tersayang, akhirnya atlet-atlet paralimpik yang beraksi pada ...

KUALA LUMPUR: Hampir sebulan berjauhan dengan ahli keluarga serta orang tersayang, akhirnya atlet-atlet paralimpik yang beraksi pada Sukan Paralimpik di Rio, Brazil kembali berpeluang duduk semeja.
Ia berlaku pada acara akhir sambutan meriah kontinjen paralimpik negara yang tiba di KLIA pada Khamis petang.
Selepas Paralimpian dibawa berarak sekitar ibu kota Kuala Lumpur dengan menaiki bas hop-on-hop-off sejurus selesai sambutan di Kompleks Bunga Raya, atlet istimewa itu dibawa ke Dewan Filharmonik, KLCC dan Pavillion sebelum berakhir di Pusat Kecemerlangan Paralimpik di Kampung Pandan, di sini.
Ketibaan mereka disambut hampir 500 orang diikuti solat maghrib dan doa kesyukuran pencapaian cemerlang kontinjen negara di Brazil baru-baru ini.
Turut hadir bagi memeriahkan majlis pada Khamis malam adalah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama isterinya, Tun Jeanne Abdullah yang juga merupakan penaung Paralimpik Malaysia. #sumber

Advertisement

Post a Comment

IBU,FITRI SULISTIAWATI said... Friday, September 23, 2016 1:25:00 PM
This comment has been removed by a blog administrator.
 
Top